Sunday, December 28, 2008

PENDAKWAHKAH AKU?

Pendakwahkah aku??

Seorang Da’ie – bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan.
Kita?? – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Da’ie – mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit.
Kita?? – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

Seorang Da’ie – amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.
Kita ??– kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang Da’ie – selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya
Kita?? – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Seorang Da’ie – suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama’ serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri.
Kita?? – cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Da’ie – rumahtangganya dihiasi dengan bi’ah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Qur’an atau nasyid-nasyid Islami.
Kita?? – rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Qur’an, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Seorang Da’ie – menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar
Kita?? – sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Da’ie – jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam
Kita?? – jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar dan pendendam

Seorang Da’ie – menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.
Kita?? – mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Seorang Da’ie – memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.
Kita?? – tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Da’ie – tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.
Kita?? – boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Seorang Da’ie – sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.
Kita?? – menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah

Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!

Kesimpulannya, pendakwahkah aku?

kata -kata hikmah luahan syeikh Ali Tantawi

Butir2 kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati..

"Wahai puteriku,
Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..
Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah..

Wahai puteriku,
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan..

Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya..

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm pelbagai bentuk.. Wanita semakin berani dan tidak malu2 untuk membuka auratnya.. Tubuhnya ditonjol2kan.. Pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.. Semua itu bergerak melanda negara demi negara.. Tanpa satu negara Islam yg mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yg terkenal dgn keserasian akhlak yg sgt ketat menjaga kehormatan diri dgn menutup auratnya.. Sekarang, astaghfirullah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan, paha, punggung dan dada.. Kita gagal dan aku kira kita tidak akan berjaya..
Tahukah engkau apa penyebabnya, puteriku?!

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya..

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu itu ada di tanganmu.. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik..

Engkau benar puteriku,
bahawalah kaum lelakilah yang mula2 melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju..
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk..

Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk" dan setelah engkau ditimpa kecurian barulah engkau tersedar.. Ketika itu barulah engkau berteriak, "Tolong! Tolong! Aku kecurian"

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dlm ancaman cengkaman serigala..
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yg kikir terhadap pencuri..

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar kambing.. Dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu..
Lelaki menghendaki yg paling berharga darimu.. Iaitu harga diri dan kehormatanmu.. Nasib seorang gadis yg diragut kehormatannya lebih menyedihkan drpd nasib seekor kambing yg dimakan serigala..

Wahai puteriku,
Demi Allah, apa yg dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa berpakaian..

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan kalian percaya terhadap kata2 sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab
".. Bohong! Bohong! Demi Allah, dia berbohong!

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau menjadi takut dan ngeri.. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dgn lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud2 tertentu..
Setidak2nya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal..

Apakah sesudah itu, puteriku?

Fikir2kan dan renungkanlah jika kalian adalah muslimah yg bijaksana serta punyai harga diri!!"
Wallahu 'alam..

Friday, December 12, 2008

IMPIAN SUDAH TERLAKSANA ..ALHAMDULILLAH














ASSALAMUALAIKUM W.B.T





Apa khabar sahabat-sahabat perjuangan yang berada di Malaysia dan di luar negara ? Semoga kalian sentiasa dipayungi dengan rahmat dan kasih sayangNya.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi,akhirnya impian menjadi kenyataan.. dah lama sangat sebenarnya memendam perasaan untuk mewujudkan blog sendiri..bukan sebab nak bertanding sapa punya blog yang paling lawa atau menarik..tetapi melihatkan suasana dakwah masa kini , menjadikan diri ini ingin berjinak-jinak dengan dunia blogger ,sekurang-kurangnya mampu memberi pandangan , pendapat atau kritikan yang membina untuk sama-sama kita berkongsi di dalam era dunia mahasiswa/wi atau azhari/azhariah.














Di kesempatan yang ada ini ana ingin mengucapkan



SELAMAT HARI RAYA' AIDILADHA & SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN




kepada semua sahabat-sahabat perjuangan.Tidak dilupakan kepada keluarga di Malaysia , sokongan kalian menjadikan diriku masih utuh di bumi anbiya ini..







Jazakillahukhair kepada adik yang meluangkan masa dan tenaga untuk membantu merealisasikan impian ini.Semoga Allah memudahkan urusan adik di dunia mahupun di akhirat..














wallahu'alam







Athirah muhamad ajos