Tuesday, April 28, 2009

MARI CHECK HATI KITA


Assalamualaikum w.t.b

Sudahkah anda check hati anda hari ini?Bagaimanakah keadaan ia hari ini?Adakah dalam keadaan sihat dan segar di bawah jagaan Allah atau sudah dikotori dengan debu-debu dosa seperti debu yang berterbangan di udara?Check segera hati anda..jangan terlambat walau sesaat..

KELEBIHAN AL-QURAN DAN MENYUKAINYA


Al-Quran yang kita sudah maklumi adalah Kalamullah yang tidak ada bandingannya dengan kalam yang lain,malahan ia adalah panduan kepada jalan yang benar dan nur yang memberi ketenangan kepada sesiapa yang berusaha untuk mencintai dan memahaminya..

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال:سمعت رسول الله[ص] يقول :من قرأ حرفا من كتاب الله فله حسنة والحسنة بعشر امثالها،لا أقول [الم]حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف "

Dari Ibnu Mas’ud (r.a),dia berkata:aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda:Sesiapa yang membaca satu huruf dari Quran,maka dia mendapat pahala satu kebaikan ,dan satu kebaikan dibalas 10 kali lipat.Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf,tetapi Alif,satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf”

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a,katanya :Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya orang tidak terdapat dalam rongga badannya sesuatu dari Al-Quran adalah seperti rumah yang roboh”

Daripada kedua-dua kelebihan yang saya sebutkan di atas menunjukkan bahawa betapa hebatnya mukjizat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhamad s.a.w.Siapa umat Nabi Muhamad ?Bukankah kita?

Di zaman fitan ini,Al-Quran hanya “dijeling” sahaja bukan dipandang lagi menyebabkan pelbagai kebobrokan yang berlaku di dunia ini .Cuba kita singkapkan kembali isu-isu yang berlaku di sekitar kita di bumi Mesir isu keluar malam,isu pencuri arab masuk rumah,isu sweater yang tak cukup saiz,isu rokok dan banyak lagi .. semuanya ada hubungkait yang rapat dengan Al-Quran.Betul atau tidak?Mengapa semua ini berlaku di kalangan kita pelajar jurusan agama?Check balik hati kita..Check balik quran yang dihafal..

Sejak akhir-akhir ini saya agak kecewa dan sedih dengan isu yang saya rasa tidak perlu diperbesarkan ,malahan boleh diselesaikan dengan cara yang baik..kalian tahu pasal apa?ermm..muqarar Quran untuk imtihan sama ada tahun ni 2 juz se tahun atau 1 juz setahun.Saya berharap apa yang saya cakapkan ini jangan disalahanggap atau menyalahi mana-mana individu kerana ini hanya pandangan dari sudut saya sendiri …
Saya berpandangan isu muqarar ini tidak perlu diperbesarkan malahan perlu cari jalan penyelesaian yang terbaik sesama kita bukan saling menyalahi antara satu sama lain sedangkan imtihan semakin hari semakin hampir,tetapi Quran masih tak diulangi kerana sibuk memikirkan isu ini.

Setahu saya,UNIT PENDIDIKAN HEWI telah memaklumkan apa yang beliau perolehi dari ‘Amid kuliah bahawa sejuzuk setahun ,tetapi masih ada lagi yang ragu-ragu dengan apa yang diperkatakan. Saya cukup kesian dengan beliau,hampir setiap hari berulang alik ke kuliah untuk mendapat kepastian dari ‘Amid kuliah tentang muqarar Quran sehinggakan kadang-kadang dimarahi oleh ‘Amid kuliah semata-mata untuk memenuhi permintaan ahli.Di manakah kalian ketika itu?Hanya menyalahkan atau mencari jalan penyelesaian?

Berbalik kepada item yang saya gariskan mengenai kelebihan Al-Quran dan membacanya,saya mencadangkan kita memilih berdasarkan sudut kemampuan masing-masing atau jalan yang lebih selamat kita ambil yang dah sedia ada seperti dahulu.Tak rugi dan tidak menyesal kita menghafal Al-Quran.Berdasarkan hadis dari Ibnu Mas’ud dengan membaca satu huruf sahaja mendapat 10 kebaikan ,apatah lagi besar ganjaran apabila menghafal Al-Quran.Cuba renungi kembali sahabat-sahabat..kedekutkah kita dalam berlumba-lumba mengejar kebaikan?Kalian tidak rugi menghafal Al-quran banyak…sejam dihabiskan,Allah akan balas ganjaran di akhirat..kalian rugi apabila sejam dihabiskan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah..fikir-fikirkanlah

rujukan:Keutamaan Membaca & Mengkaji Al-Quran (At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur'an) _ Imam Nawawi

Unit Pendidikan HEWI DPMM 08/09

Monday, April 20, 2009

KUBUR BERKATA-KATA




Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

p/s:Selalunya apabila tiba musim peperiksaan,orang jadi rajin dalam pelbagai keadaan di antaranya ialah rajin baca Quran, rajin Qiamulail,rajin puasa dll...apapun semuanya baik di sisi Allah cumanya yang paling Dia sukai ialah orang yang ISTIQAMAH dengan amalan yang dibuat.Istiqamah tak kita???

Saturday, April 18, 2009

CARA – CARA KEMBALI MERAIH CINTA ALLAH S.W.T





1. PAKSA diri buat amalan yang di senangi Allah
Cthnya : Menghadiri Muzakarah berkelompok
:kuliah / kelas tambahan
:Elakkan dari menghisap rokok

2. DERMAWAN
Jadikan “Tiada sebulan tanpa sedekah “ as slogan
-Apabila kita memandang pada yang memerlukan & kita menghulurkan sedikit bantuan,kita akan rasa BERSYUKUR .Di sinilah “link” kita kepada Allah s.w.t

3. Solat di awal waktu & berjemaah
Cthnya :Utamakan solat walaupun sedang study utk exam
Utamakan solat walaupun sedang melakukan kerja-kerja persatuan

4. Perbanyakkan amalan membaca & mentadabur Al- Quran
Cthnya : Bukan diamalkan semata-mata utk exam & masalah gangguan dalaman spt disihir

5. Memboikot barangan yahudi dan sekutu – sekutunya
-Apabila kita memboikot semata-mata utk menjaga nyawa saudara seislam kita ,kita akan rasa ukhuwwah kerana Allah,maka di situlah “link” kita dgn Allah

6. Set target / checklist to be completed
Buat perancangan bagi kehidupan seharian & persatuan kerana di antara sifat fardhu muslim itu tersusun perancangan mereka


“Menjadikan Tuhan sebagai CINTA AGUNG adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia & di akhirat”

Sunday, April 12, 2009

FIKIRKAN BOLEH!!!

Assalamualaikum w.t.b

Apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan pada hari ini?Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari yang lepas..Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu apa yang saya dapat semalam di dalam program Motivasi Injeksi Mandiri yang dianjurkan oleh DPM Mansurah.

Setiap orang pasti menginginkan kejayaan yang membanggakan lebih-lebih lagi menjadi anak harapan kepada keluarga.Dalam kita mengejar kejayaan duniawi kadang-kadang kita terlupa kejayaan ukhrawi sepatutnya lebih kita dambakan.Kejayaan duniawi adalah kejayaan yang tidak kekal lama dan ianya lebih menjurus kepada perkara-perkara yang kita inginkan di dunia sahaja ,bahkan bukan semua orang dapat mengecapinya berbanding kejayaan ukhruwi yang lebih kekal dan boleh dicapai dengan kesungguhan dari diri kita sendiri,malahan ianya lebih menitikberatkan sifat kehambaan kepada Tuhannya,menjadikan apa yang berlaku semuanya di tangan Allah s.w.t

Faktor-faktor kejayaan

1)Proaktif(JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN)
-Fitrah kehidupan,manusia selalunya akan lebih nampak kesalahan orang lain berbanding diri sendiri.Sikap ini lah yang kadang-kadang menjadi faktor kegagalan kita iaitu Sikap MENYALAHKAN ORANG LAIN.Kegagalan kita lebih disalahkan muqarar la..kawan la..masa la..tanpa kita sedar semuanya adalah sebab SIKAP Kita .

2)JELAS MATLAMAT

-Hidup tanpa matlamat adalah sia-sia,begitu juga setiap apa yang ingin dilakukan perlu ada matlamat yang jelas sebagai satu panduan supaya tidak lari dari landasan.Sebagai seorang mahasiswa/wi dalam menuntut ilmu kita pasti mempunyai matlamat dalam menuntut ilmu.Begitu juga dalam kita menghadapi imtihan,semua orang inginkan kejayaan dan ianya adalah matlamat semua orang.Dalam masa yang sama banyak rintangan yang perlu ditempuhi dalam menuju matlamat yang diimpikan .Mahasiswa/wi cemerlang perlu menerima INPUT,menghadapi PROSES,dan menjalankan OUTPUT.Cthnya:Cari buku yang nak dibaca(input)kemudian membaca dan membuat nota (proses)dan akhirnya menghadapi imtihan (output)

3)JANGAN TERLALU MENGIKUT EMOSI

-Apabila tibanya imtihan,sukar kita melihat insan-insan berwajah ceria dalam fatrah begini,kebanyakan memaparkan wajah yang agak tertekan.mungkin..ketakutan... lagi-lagi apabila menghitung hari yang tak lama lagi.Mengikut kajian, perubahan emosi dapat dikawal dengan adanya SABAR..Bukan senang sahabat-sahabat..sebab itu dalam AL-quran menjanjikan sesiapa yang bersabar akan memperolehi KEJAYAAN..jadi,sama -sama kita cuba semaikan kesabran dalam diri

4)WIN WIN

- Bekerjasama di antara satu sama lain
Semua orang mempunya kelebihan dan kelemahan tersendiri tapi boleh di atasi dengan gabungan kedua-dua item tersebuat.Sesetengah orang pandai buat nota tapi tak pandai baca kitab begitu juga sebaliknya..Jadi,gunakan kaedah ini supaya kejayaan kita kejayaan bersama..

5)CUBA MEMAHAMI SEBELUM DIFAHAMI

-Kita sebagai sahabat,sebaiknya cuba memahami sahabat-sahabat yang lain.Kadang-kadang kita lebih mendahulukan kehendak kita berbanding kehendak orang lain,sehinggakan menyebabkan kesusahan kepada yang lain...Cthnya:Orang yang Allah uji dengan kegagalan berturut-turut bukan atas kehendak mereka,sekiranya kita bukan seperti itu,kita hendaklah memberi semangat bukan terus menghujam,sebaliknya cuba memahami mereka dan menolong mereka.Begitu juga dengan orang yang sibuk dengan persatuan,kadang-kadang keperluan orang lain didahulukan berbanding diri sendiri,mereka mesti nak pergi kuliah,baca buku seperti orang lain,buat nota tapi xberkemampuan,sahabat-sahabat sekeliling lah yang membantu dan memberi semangat kepada mereka..


6)ASAH GERGAJI

-Kaedah ini lebih menjurus kepada pemberian hak pada diri atau yang sepatutnya.Dalam mengejar kejayaan,kadang-kadang kita terlupa untuk memberi hak kepada diri menyebabkan kejayaan kita kurang berkualiti.Cthnya:Dalam kesibukan kita membaca buku,kita jangan lupa hak pada diri ctnynya:mandi,masak,makan dll..,hak kepada orang lain cthnya berpersatuan (ikut program,ziarah menziarahi dll),hak kepada Allah cth:jangan lewatkan solat,mathurat dll..


"Selemah-lemah kita pun,kita jangan jatuhkan diri kita kerana ianya akan memberi kesan negatif yang berpanjangan..Kita adalah insan yang HEBAT sejak awal pembentukan kita,Kita adalah JUARA di antara juara-juara yang berjaya memperolehi tarbiyah dariNya..Bersyukurlah..

Monday, April 6, 2009

PMRAM:BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI?


Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 merupakan tamparan yang hebat kepada umat Islam seluruh dunia.Tiada suatu pun khilafah Islamiyyah yang berjaya ditegakkan selepas itu dan di tengah-tengah keruntuhan inilah Persekutuan Republik Melayu Arab Mesir ditubuhkkan pada tahun 1930 dengan tujuan menyatukan anak-anak melayu yng berada di bumi Anbiya’ serta menjaga kebajikan mereka.
PMRAM adalah persatuan INDUK di bumi Anbiya’ yang bernaung di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Dasar
– Al-Quran dan As-Sunnah

Hadaf
- Kawasan persekutuan ini bertugas ialah di Republik Arab Mesir dan pusat jabatannya ialah di Kaherah dan TIDAK BOLEH mencampuri masalah-masalah POLITIK ataupun KEPERCAYAAN AGAMA,

-Menguruskan BANTUAN dan PERTOLONGAN kepada pelajar –pelajar yang berhak menerimanya di kalangan anggota

-Menyatukan suara anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir

-Mengambil berat urusan anak-anak melayu dan menolong mengatasi kesulitan-kesulitan mereka khususnya yang berkaitan dengan pelajaran

-Memajukan lapangan pelajaran,sukan dan social serte bekerja untuk bertukar-tukar kepentingan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang ada di Republik Arab Mesir dalam ketiga-tiga lapangan.

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan satu berita di dalam laporan malaysiakini bahawa seorang perwakilan UMNO mengusulkan supaya PMRAM diharamkan atas alasan kononnya ia menyebarkan ideology politik pembangkang.


Pada pandangan saya ,berdasarkan tuduhan yang dibuat adalah amat bersalahan dengan apa yang digariskan oleh PMRAM..PMRAM yang saya ketahui bersih dari tuduhan yang dibuat berdasarkan dasar dan hadafnya malahan penubuhannya pun bukan atas nama politik .Saya teringat firman dari Allah s.w.t yang berbunyi

“Hai orang – orang beriman,jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti,agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”(Surah Al-Hujurat :6)

Berdasarkan ayat Quran di atas boleh kita simpulkan bahawa setiap perkhabaran yang sampai kepada kita perlu diselidiki terlebih dahulu sama ada benar ataupun tidak.Kenapa kita perlu selidik ?supaya kita dapat mengetahui kesahihan maklumat tersebut.

Saya teringat satu kalam yang menyatakan bahawa seandainya kita tidak mampu menjadi pendokong atau penyokong bagi agama Islam ,jangan kita menjadi PENGHALANG kepada orang yang ingin menerima dan menyampaikan Islam.

Kita mengakui bahawan “KITA PMRAM” tetapi laungan itu hanya manis di bibir sahaja tidak dihayati dan tidak dibuktikan dengan perbuatan.Hebat apabila bagi komen dan cadangan tapi akhirnya BP dan HEWI PMRAM sahaja yang buat kerja dan mereka jugala yang terpaksa tanggung isu yang terbaru sekarang..Di mana kita ketika itu???Di mana slogan “KITA PMRAM “?Apa yang kita sudah lakukan??

Jadi,marilah kita sama-sama fikirkan dan muhasabah diri masing-masing,..Ilmu dan thaqafah perlu dimantapkan berlipat kali ganda daripada generasi terdahulu kerana cabaran hari ini jauh lebih kompleks,Semua pihak perlu memahami situasi dan cabaran yang dihadapI tanpa cepat membuat sesuatu keputusan dan penilaian.Sepatutnya semua pihak menghulurkan kerjasama dan bantuan sama ada berbentuk material atau spiritual,bukan dengan menambahkan lagi bebanan masalah dan kesusahan kepada PMRAM.

Buat akhirnya usaha perlu digembleng secara kolektif dan niat perlu disatukan di samping tindakan serta amal yang bersepadu dan terarah.

Rasulullah s.a.w bersabda:”Jangan kamu menjadi orang yang tiada pendirian,kamu mengatakan jika manusia baik maka kami pun baik dan jika mereka zalim maka kami pun zalim,tetapi tetapkanlah diri kamu.Sekiranya manusia baik maka kamu buatlah baik dan kalau mereka melakukan kezaliman maka janganlah kamu berbuat zalim”

Sunday, April 5, 2009

WARKAH CINTA BUAT MAMA

Assalamualaikum w.t.b

Kaifahalukum jamian?Semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah naungan kasih sayang dan rahmat dariNya…

Lama benar rasanya blog ini tak di update kan,apapun saya ucapkan jazakallahukhairan kepada insan-insan yang sudi memenuhi ruang shoutbox saya,rasa terhibur juga apabila melihat kalam-kalam daripada insan-insan yang dahulu berjuang & ditarbiah bersama telah berpisah disebabkan perjuangan juga.Tidak dilupakan kepada insan-insan yang sudi menegur & memberi kritikan pada blog saya.Sahabat yang sebenarnya ialah yang akan menegur kesalahan sahabatnya yang lain untuk kebaikan bersama..

Kali ini saya ingin menukilkan sesuatu kepada insan yang saya paling sayang di dunia ini iaitu Mama dan Abah tapi saya khususkan dahulu kepada mama saya nun jauh di Malaysia,23 Mac genaplah mama saya berumur 45 tahun,ini bermakna 24 tahun saya telah dibesarkan dengan tangannya.Subhanallah!bukan senang sebenarnya hendak memelihara seorang anak perempuan ,sehinggakan Nabi pernah bersabda :

Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Bersyukurlah insan yang bernama perempuan kerana Allah & Rasul meletakkan kita di tempat martabat yang tinggi,cumanya kita kadang-kadang tidak menghargai pemberianNya.
Mama,saya ucapkan ribuan terima kasih kerana melahirkan diri ini dengan segala kudrat yang ada meskipun saya terfikir saya tak mampu membalas segala budi yang diberi walaupun sehebat atau sebijak mana pun diri ini.
.
Mama,saya sangat mengkagumi dirimu kerana apa ..kerana dirimu mempunyai kekuatan ,kesungguhan & tawakal kepadaNya yang cukup tinggi dalam mengharungi ranjau hidup di dunia ini,mana mungkin saya kuat di bumi Ardil Kinanah ini andai saya melihat engkau mampu bertarung dengan segala bebanan tanggungjawab yang banyak sebagai anak ,isteri kepada suami,mama kepada anak,guru dan pelajar,sedangkan diriku ini hanya sebagai pelajar sahaja tak bisa kuat sepertimu..

Mama,diriku mendoakanmu supaya engkau terus kuat ,terus tabah,terus bersemangat dalam menempuh ranjau kehidupan ini dan terus mendoakan diriku yang dahagakan motivasi darimu…

Doa untukmu MAMA..

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perendakanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas