Sunday, June 27, 2010

MABRUK ALAIK ! ZAUJI HABIBI


Alhamdulillah tiada kata yang mampu diucap melainkan kalimah yg mulia ini.Tahniah suamiku kerana berjaya menggulung segulung ijazah Syariah Islamiah Universiti Madinah dan anugerah khas "JASAMU DIKENANG" pada 25 JUN 2010

Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahanmu mengharungi ranjau hidup berjuang sebagai penuntut ilmu di sana akhirnya berbalas dengan sebuah kejayaan walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan isterimu..Daku mengagumi my love.

Semoga ilmu yang diperolehi bertambah berkat dengan keikhlasanmu menyampaikan kepada orang lain i.Allah

BERUBAH : RELA ATAU TERPAKSA



"k.teh,sedih la acu tgk gambar kawan-kawan bekas sekolah agama acu di facebook.Berpakaian ketat,tudung tak cukup kain dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.sedih rasa luahnya padaku."syukur Allah tak uji kita sedemikian kataku.
Perbualan yang ringkas tp membawa aku berfikir panjang umtuk mencari jawapan..Ini bukan masalah jaga tepi kain orang tapi masalah ummah yang semakin parah.

Semalam saya membuka facebook setelah lama tidak berkesempatan melayarinya.Alhamdulillah terubat kerinduan di hati apabila melihat wajah sahabat-sahabat yang sama-sama pernah mengharungi suka duka pahit manis mencari dan menuntut ilmu Allah.Dalam kegembiraan itu,terselit rasa kekecewaan dan kesedihan melihat gambar sahabat-sahabat yang sebelum ini sopan dan cantik berpakaian menutup aurat sudah berani mendedahkan tubuh yang sepatutnya hanya ditayang untuk suami tersayang.,bertambah sedih apabila melihat di wajah-wajah mereka tidak terselit rasa malu atau serba salah berpakaian sedemikian..nauzubillah

Terfikir sejenak ..Mengapa mereka sudah berubah?TERPAKSA , KERELAAN DIRI atau BELUM SAMPAI DAKWAHKU KEPADA MEREKA??

Saya cuba merungkai setiap persoalan ..

Keterpaksaan kerana bekerja ,keadaan persekitaran atau pengaruh rakan bukanlah alasan yang lojik untuk mengorbankan maruah seorang wanita.Islam itu mudah,sekiranya tidak berkemampuan lagi bertudung labuh atau berjubah cukuplah dengan memilih pakaian yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu nipis.

Daripada Aisyah r.a berkata :"Sesungguhnya Asma bt Abu Bakar masuk bertemu Rasulullah s.a.w,dan ia memakai pakaian yang npis,lalu Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan baginda bersabda :Wahai Asma seungguhnya bagi wanita apabila sudah baligh,tidak boleh menampakkan daripadanya (tubuh badan) kecuali ini baginda menunjukkan kepada muka dan dua tapak tangan. (riwayat Abu Daud)

Kerelaan diri adalah salah satu faktor yang terbesar yang tidak dapat dipertikaikan.Mula-mula rasa terpaksa kemudian timbul rasa seronok lebih-lebih lagi apabila dipuji cantik dan bergaya lalu dengan rela hati berpakaian dan bergaul sedemikian.Terdetik di hati saya di mana ilmu-ilmu yang dipelajari?sudah ditelan zaman atau buat-buat tidak tahu tentang hukum Allah..

Saya berfikir kenapa ini semua terjadi..saya bermuhasabah diri sendiri,mungkin saya belum sampaikan ilmu yang saya ada kepada mereka.Alhamdulillah saya diberi peluang menuntut ilmu dalam bidang agama dengan lebih mendalam tapi saya tidak menggunakan kelebihan dan peluang ada untuk membawa atau memimpin sahabat-sahabat saya untuk sama-sama mengejar syurga dan menjadi wanita solehah yang diimpikan oleh setiap wanita dan yang paling penting mendapat keredhaan Allah.

Rasulullah saw bersabda :"Seorang muslim merupakan saudara kepada muslim yang lain
dan baginda juga bersabda :Seorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama sebuah bangunan yang saling mengukuhkan di antara satu sama lain"


Timbul rasa bersalah di hati saya,apa guna ukhuwah yang selalu meniti dibibir jika kita yang diberi kelebihan ilmu dan kesedaran tidak mampu atau lebih suka mengkritik berbanding membimbing dan memberi nasihat kepada mereka.Ayuh sahabat! mari kita buktikan ukhuwah kita dengan sama-sama melakukan amar ma'ruf nahi mungkar..

Saya titipkan mutiara kata ini khusus kepada insan yang bernama WANITA..

Duhai sahabat-sahabatku..

Wanita muslimah itu mempunyai pelbagai anugerah yang Allah berikan .Mereka punya kehormatan tinggi yang telah Allah letakkan berbanding wanita kafir yang lain.Allah menggariskan aurat pada mereka agar kehormatan mereka terjaga dari manusia-manusia berhati iblis.Mewajibkan hijab untuk menutupi keindahan wanita yang tidak ternilai walau ditukar segunung emas.Tidakkah kau patut menghargai semua milikmu itu dengan menutupnya dari lelaki ajnabi.Tidakkah kau tahu di dalam Al-Quran telah menyebutnya tentang ini..

"dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kaintudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka atau ayah suami mereka,atau putera-putera mereka ...." (An-nuur :31)

Marilah kita sama-sama berhijrah menjadi wanita solehah untuk suami dan ibu yang baik untuk bakal zuriat nanti.