Saturday, September 12, 2009

Pulang ke Tanah air

Alhamdulillah saya telah selamat sampai pulang ke tanah air semalam kira-kira 9.30 pagi waktu malaysia bersama 2 orang kawan yang lain.Jazukumullahukhairan kathira kepada ahli bait markaz 2 (angah azwin,k.lang,mama an dan k.rahimah),k.ngah bai,ummi fauziah dan bonda azah dan ahli bait Raudatul Jannah kerana sudi meluangkan masa membantu saya mencari dan menguruskan persiapan pulang ke Malaysia.Tidak dilupakan juga kepada insan-insan yang sudi mendoakan keselamatan kami sehingga selamat ke tanah air.Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan saya berdoa kepadaNya semoga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya.I'Allah najah kabir milik kalian,kalau bukan di dunia,di akhirat pasti.

Thursday, August 27, 2009

ISU KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO


'Saya masih rela disebat'
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my

SUNGAI SIPUT: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno tidak akan merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya dan tetap dengan keputusan menerima enam sebatan walaupun terpaksa menunggu sehingga selepas Aidilfitri.

Namun, beliau akur jika Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagi membatalkan hukuman berkenan.

Ibu dua anak itu berkata, selepas melalui proses perbicaraan lebih setahun sejak Julai tahun lalu, beliau menghormati tindakan Jaip dan Jabatan Kehakiman Syarie Pahang yang bersungguh-sungguh menegakkan syariat Islam.

"Sejak kes saya pertama kali disebut di mahkamah Julai tahun lalu dan perbicaraan ditangguh beberapa kali hingga keputusan hakim bulan lalu, saya mengalami penderaan mental yang sukar dijelaskan.

"Akhbar tempatan juga menyiarkan kes saya sejak hari pertama hingga memalukan kami sekeluarga. Saya sedih sangat. Sebelum hakim menjatuhkan hukuman bulan lalu, saya sebenarnya sudah insaf dan bersedia disebat.

"Sampai hari ini (semalam), saya masih rela disebat," katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Jawang Utara, dekat sini semalam.

Kartika Sari berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam dia boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda untuk dihukum.

Najib berkata, bagi Kerajaan Pusat, soal Islam tidak boleh persoalkan yang bermakna agama Islam adalah adil dan saksama, manakala pihak berkuasa peka serta sedar segala implikasi terhadap kes itu.

Mengulas lanjut, Kartika Sari berkata, beliau menghormati saranan Perdana Menteri dan menghargai keprihatinannya, tetapi nekad dengan keputusan dan bersedia menanti hukuman.

Katanya, selepas hakim menjatuhkan hukuman denda dan sebatan bulan lalu, beliau ada mendapatkan pandangan orang alim mengenai tindakannya yang enggan membuat rayuan.

"Saya bimbang masyarakat menganggap saya tidak waras tetapi orang alim ini mengatakan saya membuat keputusan yang waras," katanya.

Kartika Sari bagaimanapun mengakui fikirannya bercelaru semula selepas pakar undang-undang mempertikaikan prosedur penahanan di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebatan


ULASAN SAYA:

1 ) Hukuman atas pesalah arak .

Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan .

Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali . Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ] berkata :

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي

Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali , semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kali rotan ]

Riwayat Imam Muslim

Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya , Imam Malik , al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.

Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak , maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [ selipar ] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak , maka beliau berbuat seperti itu juga . Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar , lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini . Ibn Auf [ Abdur Rahman ] berkata : sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan , maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .

Riwayat Ahmad , Muslim , Abu Dawud dan At tarmi


Hukuman yang jatuhkan ke atas Kartika dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.Walaupun begitu,saya berfikiran positif ini mungkin langkah permulaan untuk membawa rakyat mendekati atau menghayati hukum hudud yang selalu diselewengkan bahawa hukuman ini menzalimi bukan mendidik.

2) Sikap pemerintah yang "kurang faham" atau memandang remeh dengan hukum Allah yang ditetapkan.Tugas pemerintah bukan sahaja perlu membawa rakyat ke arah kebahagian dunia malahan kebahagian di akhirat.Selain itu tugas pemerintah juga adalah mengajak diri dan rakyatnya menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar tapi zaman fitan sekarang menjadi sebaliknya pula.

3) Tindakan yang sepatutnya adalah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat - samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya - adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !


rujukan :
# Berita harian
# Ar-risalah
# http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Thursday, July 23, 2009

Marwa Al-Sharbini (Pahlawan Jilbab)


Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim.

Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.


Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.

Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden .

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.


Peristiwa ini diam begitu sahaja dari laporan-laporan media massa Jerman mahupun dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah seorang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Sudah tentu beritanya agak lebih meluas dan gempar ke seluruh dunia.


Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan berita pengkebumian Raja Pop Michael Jackson yang mengharubirukan dunia itu. Tidak ada langsung berita berkenaan pengkebumian Syahidah Marwa Ash-Sharbini yang mendapat jolokan "Pahlawan Jilbab". Malah tidak ada langsung protes dari dunia Islam, khususnya negara asalnya Mesir atas kematiannya, dimanakah OIC pada ketika itu?. Tidak ada langsung tangisan kaum muslimin seluruh dunia untuknya. Tetapi tidak mengapa Marwa Ash-Sharbini, kerana engkau telah dijanjikan suatu tempat yang paling mulia dan istimewa di sisiNya ALLAH SWT.

Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, Serikandi Islam, Pahlawan jilbab, maafkan kami di atas ketidak pedulian ini… Al-Fatihah...


sumber : dari blog Sesemut Emas.
http://www.niknasri.com/

Tuesday, July 7, 2009

Ujian Adalah Tarbiyah Dari Allah


Alhamdulillah setelah menanti sekian lama,akhirnya result saya pun keluar,berita yang keluar daripada mulut sahabat saya telah saya duga,walaupun begitu saya bersyukur dengan usaha yang tidak sehebat mana berbanding sahabat-sahabat yang lain,saya hanya di uji dengan membawa satu madah AL-QURAN,memang Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya bila diuji.Perit juga sebenarnya menerima berita ini tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik ini.Teringat ayat quran yang berbunyi "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan :Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?,begitu juga dengan lirik nasyid yang berbunyi "Dan kutahu tiap yang terbaik untukku,tak semuanya yang ku mahu"..mungkin ada benarnya..

Berdebar-debar sebenarnya nak telefon abah dan mama untuk memaklumkan perkhabaran result ini,bukan sebab takut kena marah tapi takut mereka sedih.Dengan kudrat yang tidak seberapa ini saya pun mengagahkan tangan mendail no telefon malaysia..maka bermulalah episod saling nasihat menasihati ..

Alhamdulillah mama dan abah saya redha dengan apa yang diberi olehNya,ada peluang lagi,Allah sekadar menguji hambaNya kata mereka.Syukur teramat sangat kerana memiliki mama dan abah yang cukup memahami diri ini,mereka tidak menyalahkan kesibukan saya dalam berpersatuan kerana kebanyakan orang yang berjaya terdiri dari kalangan orang yang berpersatuan..


Selang 2 hari selepas saya menelefon keluarga,tergerak di hati saya untuk membuka email,rasa macam ada sesuatu yang istimewa dalam email saya..rupa-rupanya email dari mama saya...

Assalamualaikum

Semoga athirah selamat menjalani ibadat. Berada di negara orang adalah satu kejayaan dan bonus dari Allah swt. Bukan semua orang terpilih berada di tanah anbia melainkan orang yang tahan diuji dan sabar dengan segala kesusahan hidup. Berdikari adalah satu tiket untuk mengumpul pengalaman yang kadang kala manis, tidak dikecapi oleh orang lain. Beruntunglah tirah salah seorang daripadanya.

Allah swt sangat berkuasa. KepunyaanNyalah apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Dia hanya berkata kun fayakun, maka jadilah ia. Jika Dia mahu seseorang itu berjaya, berjayalah ia. Jika sebaliknya anggaplah sebagai ujian. Orang yang sabar pahalanya berlipat ganda. Setiap apa yang datang redhalah dengan ketentuannya. Maka banyaklah ujian yang mendatang. Pun begitu sebagai insan yang cukup yakin dan faham bahawa allah sangat dekat dan sayang kepada hambaNya walau pun dosanya sebanyak buih di lautan. Jika ia insaf dan bertaubat kepadaNya. Anggaplah kegagalan tirah sebagai ujian. Allah hanya menguji. Mahu lihat ketabahan hati. Jika terima dengan redha hati, percayalah insyaalah kejayaan pasti menanti. Mama optimis sekali insya allah tirah akan lulus nanti. Jangan susah hati al quran tu milik allah. Ingatan kita juga milik allah. Buat yang terbaik, janganlah susahkan diri. Allah suka hambanya menanti, dengan rasa rendah diri.Percayalah pada diri sendiri. Yakin kebolehan diri. Gunakan otak kanan dan kiri. Kreatif dalam menyelesaikan masalah. Bijak mengurus diri. Insyaallah setiap masalah boleh diatasi. Sekian. Salam sayang dan rindu...

Jazakillah buat mama tersayang kerana engkau permata yang sangat berharga buat diriku ini..

Buat sahabat-sahabat saya yang menerima ujian seperti saya,kita jangan bersangka buruk dengan Allah.Percayalah!Kita akan mendapat kejayaan yang BERKAT cuma lambat sikit sahaja dari sahabat-sahabat yang lain.Jangan berputus asa!


Ya Allah andai semua yang berlaku ini terbaik untuk aku,maka aku Redha Ya Allah..Ya Allah aku percaya segalanya adalah milikMu..Tabahkan hatiku YA Allah..

Thursday, May 28, 2009

Maksiat Menghalang Kita Tekun Beribadah



Adakah kita pernah mengalami perasaan malas beribadah?Terasa berat untuk tilawah atau tak ada kenikmatan ketika membaca Al-Quran atau solat?atau mungkn berasa susah bangun malam untuk Qiamulail,padahal jam dikunci utk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi berdering,tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun setengah sedar.Selepas itu,tarik selimut dan tidur lagi.Padahal,biasanya dengan mudah boleh bangun.
Jadi,apa yang sudah terjadi dengan diri kita?atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita ,atau mungkin kita secara sengaja melambat waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan kerana hal yang kecil atau berprangsangka buruk.Terkadang kita melalui hari hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada "mood",makin malang,kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita,segeralah muhasabah diri.Ada apa dengan diri kita?Keadaa seperti ini jangan dibiarkan begitu saja..lama kelamaan ia akan terbiasa

Seperti halnya penyakit,jika ada gejala sakit,segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.Begitu pula dengan ruhiyah kita.Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah,segeralah kita muhasabah diri.Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat sehingga menghalang amalan kita.Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara-perkara yang makruh,bahkan perkara yang diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ badan kita untuk beribadah kepada Nya.Misalnya kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna,bahkan menjadi maksiat terhadap kita.Akhirnya Allah pun tidak menjaga kita untuk beribadat kepadaNya.Lalu,mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam.Mata kita rasa berat untuk beribadat,rasa berat untuk membaca buku tazkiyatun nafs dan rasa berat untuk melihat dan membaca emel atau saluran yang memberi nasihat.

"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(Al-MUKMIN :19)


Selain mata,telinga juga perlu kita jaga.Boleh jadi kita susah bangun malam untuk taqarub kepada Allah kerana kita tidak menjaga telinga kita.Telinga kita disalahgunakan untuk mengengar gosip,mengumpat sesama sahabat islam atau muzik melalaikan ,bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengar adalah muzik.

Natijahnya,di waktu malam telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan.Telinga kita rasa berat mendengar tazkirah dan bosan mendengar nasihat..

"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada"(AL-HAJJ :46)

Selain itu,mulut penting untuk dijaga kerana ianya paling banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka hasil daripada sarana ghibah,fitnah dan caci maki.
Mulut kadang-kadang tidak terkawal,macam air sahaja mengata orang,bahkan tanpa sedar sudah berjam-jam melakukan aktiviti tersebut,alangkah baiknya masa yang digunakan itu untuk mengalunkan bacaan Al-Quran atau zikir-zikir yang menenangkan hati dan menghapuskan dosa yang dilakukan..


"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar
(AN-NUR :15)


Kata orang,hati ibarat cermin bagi diri kita.Andai banyak maksiat yang dilakukan maka semakin banyak noda titik hitam ,seandainya tidak ada titik hitam tapi yang ada jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Jadi,perhati dan muhasabah diri kita mulai sekarang.Jika selama ini kita tidak menjaga atau terlepas pandang dari kemaksiatan yang dilakukan oleh anggita badan kita,bersegeralah bertaubat dan beristighfar kepadaNya.Tidak ada kata terlambat untuk melaksanakan kebaikan.



Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*? Zuhud dengan dunia
* Zikrullah *
Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


Keistimewaan munajat di tgh malam:

# Allah makbulkan segala permintaan,
# Mendekatkan diri kepada Allah,
# Penawar dari segala penyakit yg berasal dari tubuh,
# Mendidik jiwa agar bersyukur,
# Tidak pelupa dan suka bersedekah,


Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita..

Tuesday, May 19, 2009

Ada apa dengan QIRAAT ?


Assalamualaikum w.t.b

Bertemu kita untuk kesekian kalinya di dalam blog athirahajos.Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati olehNya selalu.Saya mengucapkan Selamat menempuhi Imtihan duniawi,teruskan usaha,teruskan berdoa sehingga la kita mencapai natijah yang diimpikan..

Di ruangan kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat mengenai ilmu yang saya belajar di dalam bidang takhasus Qiraat tahun 3.Madah/pelajaran ini sangat penting kerana ia berkaitan dengan sejarah ulama'-ulama' qiraat iaitu ( TARIKH' QURRA ).Bak kata pepatah "tak tahu, maka tak cinta ".Jadi dengan perkongsian ini mampu memberi "buah tangan" kepada sahabat-sahabat.


IMAM NAFI' AL MADANY RA


-Nama sebenarnya ialah Nafi' bin Abd Rahman bin Abi Nu'man

-Gelaran yang terkenal baginya ialah Abu Ruwaim.Pendapat lain mengatakan gelarannya Abul Hasan dan juga Abu Abdurrahman iaitu Maulana(pembantu )Ja'wanah

-Ja'wanah merupakan sahabat kepada saidina Hamzah b/Abdul Mutalib dan menurut riwayat lain beliau juga merupakan sahabat kepada Saidina Abbas b.Abdul Mutalib

-Beliau (Imam Nafi')berasal dr ASBAHAN

-Dilahirkan pada tahun 70Hijrah

-Merupakan seorang dari Imam Qiraat yang tujuh

-Pernah bertalaqi dengan 70 orang tabien .Di antaranya ialah Abu Jaa'far,Imam Syaibah Nasoh, dll yang mana sanad mereka sampai kepada baginda Nabi Muhamad s.a.w

-Bacaannya tersebar ke Mesir ,Madinah , Syam dll...


SIFAT dan KELEBIHANNYA

- Hitam manis warna kulitnya tapi hensem

-Mempunyai akhlak yang terpuji ,berseri -seri wajahnya dan merupakan seorang yang peramah

-Bau mulutnya seperi bau kasturi

Diriwayatkan apabila beliau bercakap bau mulutnya seperti bau kasturi,maka ditanya padanya:"Adakah kamu memakai bau-bauan ketika membaca Al-Quran dihadapan manusia?Beliau menjawab :Sesungguhnya aku tidak pernah sekali memakai bau-bauan dan menyentuhnya tetapi aku telah melihat di dalam mimpiku bahawa Rasulullah s.a.w datang kepadaku dan membaca Al-Quran pada mulutku.Maka yang sedemikian itulah yang menyebabkan mulutku berbau seperti itu.

-Belajar Qiraat dan ilmu -ilmu lain lebih 70 tahun dan merupakan seorang yang alim dalam ilmu qiraat

-Ketika kematiannya hampir menjelang tiba maka telah berkata anak-anaknya :berwasiatlah kepada kami.Maka beliau pun berwasiat

اتقوا لله واصلحوا ذات بينكم واطعواالله ورسوله ان كنتم مؤمنين

-Meninggal dunia pada tahun 169 H ketika berumur 99 tahun



KESIMPULAN YANG SAYA BUAT


- Allah tidak memandang pada cantiknya tubuh badan atau rupa tapi Allah memandang kesungguhan hambanya untuk menuntut Ilmu.

Firman Allah :"Allah akan mengangkat darjat hambaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya"

-Ulama terdahulu bersungguh-sungguh mencari ilmu di mana sahaja yang boleh di dapatinya.Kita bagaimana?pergi kuliah pun malas,beralasan tak faham bahasa ammi,pergi Kelas Taafaqquh kadang-kadang,beralasan penat gi kuliah atau berpersatuan,tak pergi program persatuan,beralasan tidak ada ilmu di dalamnya...

-Apabila kita diminta untuk memberi nasihat,maka berilah nasihat walaupun sedikit.Jangan pandang orang yang bagi nasihat kita sama ada dia baik atau tidak ,tapi pandang/ambik nasihat yang diberi.


Kesimpulan



Teruskan mencari ilmu Allah yang luas ini sebelum kita djemput kembali oleh EMPUNYA hak yakni Allah s.w.t..dan terus memberi bakti kepada insan-insan yang memerlukan..


i'Allah kita berjumpa lagi untuk imam Qiraat yang seterusnya

Tuesday, May 5, 2009

Balik atau Merantau ?




Sewaktu saya sedang menyambung pelajaran peringkat sarjana di Jordan, ramai yang bertanya sama ada saya dan keluarga akan balik bercuti di Malaysia atau tidak, khususnya di hari raya. Biasanya, jawapan biasa saya adalah

"tidak"

Pastinya akan ditanya dengan soalan susulan,

"tidak balik langsung walau sekali?"

Jawapan saya adalah :

"ye, setakat tiga tahun, belum kuat keperluan untuk balik, sekiranya 10 tahun tu, mungkin ada lebih logik untuk balik sekali sekala"

"Tidak rindu ?" Tanya rakan saya lagi.

"rindu atau tidak, tugas menuntut ilmu memerlukan pengorbanan perasaan dan fizikal" jawab saya ringkas.

SEBAB-SEBAB LAIN

Jawapan saya untuk tidak balik bukan sahaja kerana tempoh 3 tahun yang saya rasakan pendek, malah dirasakan sebagai merugikan waktu dan kos juga. Kecuali jika ada keperluan penting seperti ahli keluarga yang sakit dan sepertinya, tatkala itu wajar untuk bertolak pulang.

Justeru, isteri dan anak-anak saya turut mengikut keputusan saya untuk berada di perantauan selama 3 tahun penuh semasa di Jordan. Selain itu, masalah kos juga menjadi sebab kuat untuk bertahan di Jordan.

Kini saya dan keluarga berada di United Kingdom pula, berdasarkan jadual asal, saya perlu menamatkan pembelajaran dalam tempoh 3 tahun. Sekali lagi, saya tidak berhasrat untuk pulang sama sekali. Jika ada kemampuan sekalipun, saya lebih cenderung untuk menambah ilmu dengan merantau di benua eropah, meraih ilmu tersirat dan tersurat dari alam ciptaan Allah swt.

PENTINGNYA PENGAJIAN LUAR NEGARA

Bagi saya, pengajian di luar negara dan berjauhan dengan ahli keluarga adalah perlu bagi seorang penuntut ilmu. Kita perlu belajar untuk berdikari dan sekali sekala mengurangkan ‘manja' dengan ahli keluarga di Malaysia. Cukup sekadar telefon bagi bertanya khabar dan berita. Bakinya adalah waktu menumpukan masa untuk ilmu dan pengajian. Wang biasiswa, pinjaman dan zakat yang dihulur bukan untuk kita memikirkan untuk pulang bercuti ke tanahair bermanja dengan keluarga, tetapi ia adalah suatu amanah untuk meraih sebanyak ilmu sebagai hadiah untuk masyarakat dan negara tercinta.

Ya, ia satu amanah dan jangan sekali menyalahgunakan ia dengan membeli sesuatu yang tiada faedah untuk kecerdasan minda dan kemantapan ilmu kita. Kelak nanti dipersoal oleh Allah swt, menyesal dahulu berguna, menyesal kemudian, azab pastinya.

Pengalaman untuk keluar dari kepompong pengajian, minda dan system pengajian Malaysia adalah perlu sebagai proses kematangan idea dan ilmu seseorang penuntut. Tidak saya nafikan ramai juga yang mampu berjaya dan cemerlang walau hanya menuntut di dalam negara; namun bagi mereka yang berpeluang ke luar Negara, peluang untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang terbuka amat luas, bagi mereka yang bijak memanfaatkannya.

Justeru itu, bagi penuntut yang mampu dan sedang mencari yang terbaik, amat disarankan mereka ke luar negara. Proses pembelajaran, merasai sistem pengajian di Negara asing, meneliti dan melihat gerak geri dan sikap manusia pelbagai bangsa, merasai perbezaan cuaca dan rupa fizikal sesebuah Negara dan ciptaan alam pasti akan mampu memberikan sesuatu yang berharga buat penuntut. Mutiara dari lisannya boleh sahaja menjadi lebih rencam dan mindanya lebih terkehadapan. Jika mereka bijak memanfaatkannya.

Imam Muhammad bin Idris as-Syafie turut berubah akibat perbezaan tahap ilmu di perantauan. Fatwanya di Baghdad berubah apabila berada di Mesir. Ulama kontempoarari yang hanya terperap di tanahair masing-masing tanpa dakwah keluar, amat berbeza fatwanya dengan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi seorang ulama antarabangsa dan berfatwa sambil menilai suasana dan manusia dari pelabagi Negara. Ilmu secara teori tidak sama dengan secara praktikal. Ini semua kesan dari ilmu dari perantauan yang tidak dapat dirasai oleh ilmuan yang tidak merantau.

MERANTAU DAN TEKNIK BELAJAR

Atas asbab itu, bagi penuntut Malaysia di luar negara, waktu cuti sepatutnya tidak menjadi masa untuk pulang ke kampung Malaysia, tetapi adalah waktu menuntut ilmu di Negara di sekeliling anda. Jangan pulang, kecuali dihambat hal penting atau arahan tanpa kompromi oleh ibu bapa.

Bagi penuntut ilmu Islam pula, secara peribadi saya amat kuat merasakan keperluan untuk mereka berada, menuntut dan merasai suasana pembelajaran sama ada rasmi atau tidak rasmi di negara Arab. Bercampur baur dengan bangsa arab dan mengenali rupa bentuk tanah arab adalah perlu bagi menajamkan pandangan terhadap ayat-ayat Al-Quran dan menjiwai kehidupan Rasulullah dan para sahabat. Ia adakalanya mampu mendekatkan kita dengan maksud kalimah arab di dalam al-Quran, juga mengahmpirkan kita dengan suasana kehidupan Rasulullah s.a.w.

Kepada para pelajar ilmu Islam di Mesir, Jordan, Syria, Maghribi, Yaman, Mekkah, Madinah, Pakistan, Lubnan, United Kingdom, Australia, New Zealand dan lainnya. Jauhkan fikiran untuk menikmati percutian di kampung, gunakan peluang keberadaan kita di perantauan untuk meluaskan jangkauan ilmu, melangkau benua dan bangsa.

Dalam pada masa perantauan ilmu, jangan pula meninggi diri, kerana pertambahan ilmu hanya akan lebih mudah apabila kita merendahkan diri. Lagi rendahnya perasaan keegoaan diri seseorang, lebih banyak individu boleh menjadi guru, malah alam dan binatang turut berkelayakan menjadi guru kita. Hasilnya, ilmu akan bertambah dengan cukup hebat. Ketinggian ego seseorang hanya akan memperbodohkan dirinya, akibat sumber ilmu mereka yang akan menyempit dan amat terhad.

Ramai orang yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu dari seorang yang ‘dianggap lebih rendah darinya. Akhirnya tersekatlah perkembangan ilmunya.

Ramai yang enggan mendengar ulasan kebaikan dari seorang individu lain hanya kerana merasa dirinya lebih mengetahui, akhirnya tersekatlah ilmunya. Dan begitulah tersekatnya ilmu si ego kerana keegoaannya.

Keegoaan sebenarnya akan menjadikan seseorang semakin ‘tidak pandai', lebih dari itu, akan menjadikan dirinya ‘ujub dan hebat pada matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh' pada pandangan ramai. Ya Allah jauhi kami dari tergolong kumpulan ini.
Nabi s.a.w bersabda :

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ



Ertinya : harta tidak akan berkurangan kerana sedeqah, dan tidak akan Allah swt tambahi kepada seorang yang mengampunkan kecuali kemuliaan, dan TIADALAH seorang yang merendahkan dirinya kerana Allah kecuali akan ditinggikan kedudukan mereka oleh Allah swt. ( Riwayat Muslim dan at-Tirmidzi)



SAYA PULANG JUGA KE MALAYSIA

Hasrat saya untuk tidak balik ke Malaysia sepanjang tempoh pengajian PhD di United Kingdom ini, akhirnya kelihatan tipis untuk dipenuhi apabila saya diperlukan untuk pulang ke Malaysia atas dasar kerja dan program, bukan percutian dan berehat. Saya akan pulang ke Malaysia pada 30 April 2009 selama seminggu sehingga 7 Mei 2009.

Kemungkinan saya akan sekali lagi terpaksa pulang pada bulan Julai 2009 untuk menghadiri tiga buah sebuah persidangan, forum dan konferen kewangan dan perbankan Islam, selaku pembentang dan panel. Selain itu, bulan Ogos 2009 sekali lagi mungkin terpaksa pulang atas sebab yang hampir sama di atas.

Sehingga ini saya masih memikirkan, bagaimana untuk memaksimakan manfaat pulangnya saya ke Malaysia dalam ketiga-tiga bulan yang disebutkan di atas.

Semoga Allah swt mempermudahkan perjalanan saya dan melorongkan ruang untuk saya boleh memberi manfaat kepada ummah dan belajar ilmu sepulangan saya ke tanahair. Allahumma amen.



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

24 April 2009