Tuesday, April 28, 2009

MARI CHECK HATI KITA


Assalamualaikum w.t.b

Sudahkah anda check hati anda hari ini?Bagaimanakah keadaan ia hari ini?Adakah dalam keadaan sihat dan segar di bawah jagaan Allah atau sudah dikotori dengan debu-debu dosa seperti debu yang berterbangan di udara?Check segera hati anda..jangan terlambat walau sesaat..

KELEBIHAN AL-QURAN DAN MENYUKAINYA


Al-Quran yang kita sudah maklumi adalah Kalamullah yang tidak ada bandingannya dengan kalam yang lain,malahan ia adalah panduan kepada jalan yang benar dan nur yang memberi ketenangan kepada sesiapa yang berusaha untuk mencintai dan memahaminya..

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال:سمعت رسول الله[ص] يقول :من قرأ حرفا من كتاب الله فله حسنة والحسنة بعشر امثالها،لا أقول [الم]حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف "

Dari Ibnu Mas’ud (r.a),dia berkata:aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda:Sesiapa yang membaca satu huruf dari Quran,maka dia mendapat pahala satu kebaikan ,dan satu kebaikan dibalas 10 kali lipat.Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf,tetapi Alif,satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf”

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a,katanya :Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya orang tidak terdapat dalam rongga badannya sesuatu dari Al-Quran adalah seperti rumah yang roboh”

Daripada kedua-dua kelebihan yang saya sebutkan di atas menunjukkan bahawa betapa hebatnya mukjizat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhamad s.a.w.Siapa umat Nabi Muhamad ?Bukankah kita?

Di zaman fitan ini,Al-Quran hanya “dijeling” sahaja bukan dipandang lagi menyebabkan pelbagai kebobrokan yang berlaku di dunia ini .Cuba kita singkapkan kembali isu-isu yang berlaku di sekitar kita di bumi Mesir isu keluar malam,isu pencuri arab masuk rumah,isu sweater yang tak cukup saiz,isu rokok dan banyak lagi .. semuanya ada hubungkait yang rapat dengan Al-Quran.Betul atau tidak?Mengapa semua ini berlaku di kalangan kita pelajar jurusan agama?Check balik hati kita..Check balik quran yang dihafal..

Sejak akhir-akhir ini saya agak kecewa dan sedih dengan isu yang saya rasa tidak perlu diperbesarkan ,malahan boleh diselesaikan dengan cara yang baik..kalian tahu pasal apa?ermm..muqarar Quran untuk imtihan sama ada tahun ni 2 juz se tahun atau 1 juz setahun.Saya berharap apa yang saya cakapkan ini jangan disalahanggap atau menyalahi mana-mana individu kerana ini hanya pandangan dari sudut saya sendiri …
Saya berpandangan isu muqarar ini tidak perlu diperbesarkan malahan perlu cari jalan penyelesaian yang terbaik sesama kita bukan saling menyalahi antara satu sama lain sedangkan imtihan semakin hari semakin hampir,tetapi Quran masih tak diulangi kerana sibuk memikirkan isu ini.

Setahu saya,UNIT PENDIDIKAN HEWI telah memaklumkan apa yang beliau perolehi dari ‘Amid kuliah bahawa sejuzuk setahun ,tetapi masih ada lagi yang ragu-ragu dengan apa yang diperkatakan. Saya cukup kesian dengan beliau,hampir setiap hari berulang alik ke kuliah untuk mendapat kepastian dari ‘Amid kuliah tentang muqarar Quran sehinggakan kadang-kadang dimarahi oleh ‘Amid kuliah semata-mata untuk memenuhi permintaan ahli.Di manakah kalian ketika itu?Hanya menyalahkan atau mencari jalan penyelesaian?

Berbalik kepada item yang saya gariskan mengenai kelebihan Al-Quran dan membacanya,saya mencadangkan kita memilih berdasarkan sudut kemampuan masing-masing atau jalan yang lebih selamat kita ambil yang dah sedia ada seperti dahulu.Tak rugi dan tidak menyesal kita menghafal Al-Quran.Berdasarkan hadis dari Ibnu Mas’ud dengan membaca satu huruf sahaja mendapat 10 kebaikan ,apatah lagi besar ganjaran apabila menghafal Al-Quran.Cuba renungi kembali sahabat-sahabat..kedekutkah kita dalam berlumba-lumba mengejar kebaikan?Kalian tidak rugi menghafal Al-quran banyak…sejam dihabiskan,Allah akan balas ganjaran di akhirat..kalian rugi apabila sejam dihabiskan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah..fikir-fikirkanlah

rujukan:Keutamaan Membaca & Mengkaji Al-Quran (At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur'an) _ Imam Nawawi

Unit Pendidikan HEWI DPMM 08/09

2 comments:

Anonymous said...

sALAM,kita mungkin dapat membaca-memahami-menghafaz Al-Quran.tetapi bukn mudah utk melaksanakn ptunjuknya.Bilalah dapat melihat Jilul Al-Quran al-Mansyud

Athirah Muhamad Ajos said...

Betul memang payah tp kita tidak boleh melihat shj,sebaliknya cuba berusaha ke arah itu