Showing posts with label Mansurah. Show all posts
Showing posts with label Mansurah. Show all posts

Monday, March 29, 2010

BERTEMU KEMBALI...

Assalamualaikum..

Semoga sahabat-sahabat berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindung oleh Allah s.w.t di setiap pergerakan kalian di bumi Allah s.w.t

Maaf kerana sudah lama tidak meng'update'kan blog ini.Alhamdulillah sudah 3 bulan saya berada di bumi mesir menjalani tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.3 tahun sudah berlalu kini genaplah 4 tahun saya berada di bumi ini.Alhamdulillah peluang ini cukup bermakna bagi saya,mudah-mudahan tahun ini lah menjanjikan kejayaan dan kebahagian buat saya di dunia dan di akhirat .amin ya rabb.

Buat sahabat - sahabat saya yang mendahului diri ini daku mendoakan kalian tabah dan sabar menghadapi hidup bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapi seorang pendakwah yang berjaya di malaysia.Gunakan segala ilmu dan pengalaman yang dimiliki untuk mengubat hati dan jiwa masyarakat malaysia yang sedang tenat sekarang.

Doakan daku dan sahabat-sahabat yang lain mampu meraih kejayaan seperti kalian dan sama-sama mengembleng tenaga membantu masyarakat malaysia nanti..

Buat adik-adik DQ yang berkeinginan datang ke mesir ahlan wasahlan,bumi mesir menanti kehadiran kalian,apa yang diharapkan adalah keikhlasan hati adik-adik dan pastikan Quran kalian kuat sebelum menempuh ranjau hidup di bumi mesir..ni no contact akk +20142214362

Salam juang!

Tuesday, April 28, 2009

MARI CHECK HATI KITA


Assalamualaikum w.t.b

Sudahkah anda check hati anda hari ini?Bagaimanakah keadaan ia hari ini?Adakah dalam keadaan sihat dan segar di bawah jagaan Allah atau sudah dikotori dengan debu-debu dosa seperti debu yang berterbangan di udara?Check segera hati anda..jangan terlambat walau sesaat..

KELEBIHAN AL-QURAN DAN MENYUKAINYA


Al-Quran yang kita sudah maklumi adalah Kalamullah yang tidak ada bandingannya dengan kalam yang lain,malahan ia adalah panduan kepada jalan yang benar dan nur yang memberi ketenangan kepada sesiapa yang berusaha untuk mencintai dan memahaminya..

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال:سمعت رسول الله[ص] يقول :من قرأ حرفا من كتاب الله فله حسنة والحسنة بعشر امثالها،لا أقول [الم]حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف "

Dari Ibnu Mas’ud (r.a),dia berkata:aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda:Sesiapa yang membaca satu huruf dari Quran,maka dia mendapat pahala satu kebaikan ,dan satu kebaikan dibalas 10 kali lipat.Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf,tetapi Alif,satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf”

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a,katanya :Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya orang tidak terdapat dalam rongga badannya sesuatu dari Al-Quran adalah seperti rumah yang roboh”

Daripada kedua-dua kelebihan yang saya sebutkan di atas menunjukkan bahawa betapa hebatnya mukjizat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhamad s.a.w.Siapa umat Nabi Muhamad ?Bukankah kita?

Di zaman fitan ini,Al-Quran hanya “dijeling” sahaja bukan dipandang lagi menyebabkan pelbagai kebobrokan yang berlaku di dunia ini .Cuba kita singkapkan kembali isu-isu yang berlaku di sekitar kita di bumi Mesir isu keluar malam,isu pencuri arab masuk rumah,isu sweater yang tak cukup saiz,isu rokok dan banyak lagi .. semuanya ada hubungkait yang rapat dengan Al-Quran.Betul atau tidak?Mengapa semua ini berlaku di kalangan kita pelajar jurusan agama?Check balik hati kita..Check balik quran yang dihafal..

Sejak akhir-akhir ini saya agak kecewa dan sedih dengan isu yang saya rasa tidak perlu diperbesarkan ,malahan boleh diselesaikan dengan cara yang baik..kalian tahu pasal apa?ermm..muqarar Quran untuk imtihan sama ada tahun ni 2 juz se tahun atau 1 juz setahun.Saya berharap apa yang saya cakapkan ini jangan disalahanggap atau menyalahi mana-mana individu kerana ini hanya pandangan dari sudut saya sendiri …
Saya berpandangan isu muqarar ini tidak perlu diperbesarkan malahan perlu cari jalan penyelesaian yang terbaik sesama kita bukan saling menyalahi antara satu sama lain sedangkan imtihan semakin hari semakin hampir,tetapi Quran masih tak diulangi kerana sibuk memikirkan isu ini.

Setahu saya,UNIT PENDIDIKAN HEWI telah memaklumkan apa yang beliau perolehi dari ‘Amid kuliah bahawa sejuzuk setahun ,tetapi masih ada lagi yang ragu-ragu dengan apa yang diperkatakan. Saya cukup kesian dengan beliau,hampir setiap hari berulang alik ke kuliah untuk mendapat kepastian dari ‘Amid kuliah tentang muqarar Quran sehinggakan kadang-kadang dimarahi oleh ‘Amid kuliah semata-mata untuk memenuhi permintaan ahli.Di manakah kalian ketika itu?Hanya menyalahkan atau mencari jalan penyelesaian?

Berbalik kepada item yang saya gariskan mengenai kelebihan Al-Quran dan membacanya,saya mencadangkan kita memilih berdasarkan sudut kemampuan masing-masing atau jalan yang lebih selamat kita ambil yang dah sedia ada seperti dahulu.Tak rugi dan tidak menyesal kita menghafal Al-Quran.Berdasarkan hadis dari Ibnu Mas’ud dengan membaca satu huruf sahaja mendapat 10 kebaikan ,apatah lagi besar ganjaran apabila menghafal Al-Quran.Cuba renungi kembali sahabat-sahabat..kedekutkah kita dalam berlumba-lumba mengejar kebaikan?Kalian tidak rugi menghafal Al-quran banyak…sejam dihabiskan,Allah akan balas ganjaran di akhirat..kalian rugi apabila sejam dihabiskan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah..fikir-fikirkanlah

rujukan:Keutamaan Membaca & Mengkaji Al-Quran (At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur'an) _ Imam Nawawi

Unit Pendidikan HEWI DPMM 08/09

Sunday, April 5, 2009

WARKAH CINTA BUAT MAMA

Assalamualaikum w.t.b

Kaifahalukum jamian?Semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah naungan kasih sayang dan rahmat dariNya…

Lama benar rasanya blog ini tak di update kan,apapun saya ucapkan jazakallahukhairan kepada insan-insan yang sudi memenuhi ruang shoutbox saya,rasa terhibur juga apabila melihat kalam-kalam daripada insan-insan yang dahulu berjuang & ditarbiah bersama telah berpisah disebabkan perjuangan juga.Tidak dilupakan kepada insan-insan yang sudi menegur & memberi kritikan pada blog saya.Sahabat yang sebenarnya ialah yang akan menegur kesalahan sahabatnya yang lain untuk kebaikan bersama..

Kali ini saya ingin menukilkan sesuatu kepada insan yang saya paling sayang di dunia ini iaitu Mama dan Abah tapi saya khususkan dahulu kepada mama saya nun jauh di Malaysia,23 Mac genaplah mama saya berumur 45 tahun,ini bermakna 24 tahun saya telah dibesarkan dengan tangannya.Subhanallah!bukan senang sebenarnya hendak memelihara seorang anak perempuan ,sehinggakan Nabi pernah bersabda :

Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Bersyukurlah insan yang bernama perempuan kerana Allah & Rasul meletakkan kita di tempat martabat yang tinggi,cumanya kita kadang-kadang tidak menghargai pemberianNya.
Mama,saya ucapkan ribuan terima kasih kerana melahirkan diri ini dengan segala kudrat yang ada meskipun saya terfikir saya tak mampu membalas segala budi yang diberi walaupun sehebat atau sebijak mana pun diri ini.
.
Mama,saya sangat mengkagumi dirimu kerana apa ..kerana dirimu mempunyai kekuatan ,kesungguhan & tawakal kepadaNya yang cukup tinggi dalam mengharungi ranjau hidup di dunia ini,mana mungkin saya kuat di bumi Ardil Kinanah ini andai saya melihat engkau mampu bertarung dengan segala bebanan tanggungjawab yang banyak sebagai anak ,isteri kepada suami,mama kepada anak,guru dan pelajar,sedangkan diriku ini hanya sebagai pelajar sahaja tak bisa kuat sepertimu..

Mama,diriku mendoakanmu supaya engkau terus kuat ,terus tabah,terus bersemangat dalam menempuh ranjau kehidupan ini dan terus mendoakan diriku yang dahagakan motivasi darimu…

Doa untukmu MAMA..

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perendakanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas

Monday, February 9, 2009

"MEMPERKASAKAN GENERASI ULAMA"

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya bersyukur dengan rahmah dan kasih sayangNya,memberi peluang kepada saya untuk berkongsi dengan pembaca blog yang budiman setelah agak lama blog ini "tak bersuara"yang pada hakikatnya memang tak bersuara kecuali apabila diletakkan muzik di dalamnya..begitu juga la dengan iman kita yang sewajibnya diisi dengan pengisian yang baik supaya bertambah subur dan indah iman kita..

Alhamdulillah pada 7 hb Feb bersamaan 12 Safar ,Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMM telah mengadakan Kolokium Ilmuan (Q) siri ke II yang bertemakan "Memperkasakan Generasi Ulama' yang berobjektifkan ukhuwah dan kefahaman ISLAM yang dikhususkan kepada pelajar baru dan pelajar lama amnya.Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan daripada pelajar lama & baru amat memberansangkan..

Program yang bermula hampir separuh hari ini bukan semata-mata untuk memenuhi ruang takwim tetapi membuka minda pelajar-pelajar untuk berfikir , memahami dan bertindak terhadap suasana dunia sekarang yang memerlukan diri kita yang bukan sahaja perlu menelaah madah yang dipelajari tetapi ambik "cakna" hal dunia yang sekarang semakin bertambah parah.Selain itu ukhuwwah juga perlu dititikberatkan supaya kita menjadi umat yang kuat untuk melawan musuh yang pelbagai penjuru yang tak mampu dipikul oleh kita secara bersendirian.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama memantapkan ukhuwwah dan juga thaqafah kita supaya kita tidak dipandang rendah oleh musuh kita yang sering memperlekehkan ISLAM pada hari ini..

Sebelum menutup tirai bicara saya pada hari ini,saya mengucapkan JAZAKALLAHUKHAIRAN JAZA' kepada semua Ajk pelaksana Kolokium Ilmuan siri ke II ,semoga Allah membalas segala usaha dan penat lelah kalian... ada rezeki,boleh jadi ajk lagi untuk kolokium seterusnya..

Secebis ingatan:"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain"

Bawalah badan anda kemana -mana tapi biarlah hati tetap bersama ILAHI

Friday, January 30, 2009

Monolog Si Buta

Tuhanku, SuriaMu yang gah kini dilitupi kekelaman.Dan Dunia yang menipu sedang membuai insan.Namun jiwa bernoda ini sujud pada Mu,mencari khazanah kequdusan yang tersimpan di maqam redhaMu.




Yang Maha Agung,

Akulah hamba yang tersungkur di bawah kedaulatanMu , setelah sekian lama didodoi asyiknya kemanisan duniawi.Busanaku persis seorang ilmuan cendekiawan Islam.Penampilanku umpama solehnya seorang abid.Dan peribadiku bak mujahidin pada mata rantai perjuangan Rasulullah.Segalanya telah ku lakukan ,demi menjadi seorang muslim yang terbilang , ilmu , ibadah dan jihad,itu resam hidupku , dek kerana sanubariku terlekat dengan jalan kehidupan penuh bercahaya ini.Tasbih dan tahmid bermain di ingatanku.Tazkirah menjadi butir bicaraku.Aku cekal ke majlis ilmu, di taman sakinah buat para solihah.Aku yakin,inilah jalan agamaMu ,maqam yang hampir disisiMu,jauh daripada kelalaian jahiliyyah yang menenggelamkan hidup insan sekelilingku.



Tuhanku…

Tatkala inzarMu yang datang melewati hariku,seutus risalah tasawuf terhampar di hadapan mata.Hakikat yang mengaburkan pandanganku.Gelita.Cahaya yang menyinari kebahagiaanku tiba-tiba ghaib.Aku kehilangan punca,meraba dalam kegelapan.Mengapa Ya Allah ,Mengapa jalan ini tiba-tiba kelam?Bukankah ini jalan IslamMu?Di mana nur yang menjadi kegemahanku??


Astaghfirullahal Azim..ampunkan aku wahai tuhanku.Rupanya aku buta selama ini.Yang celik hanyalah zahirku,namun hatiku buta sama sekali.Aku tidak mampu melihat nurMu yang agung,di celah- celah lorong kembara seorang sufi .Amalku,ibadahku,jihadku dan ilmuku hancur lebur di dalam kawah riak dan ujub.Peribadiku yang dijulang hakikatnya sifar..sifar Ya Allah.Betapa hinanya aku.Dan betapa tebalnya penyakit mazmumah yang mendebu pada segumpal hatiku.

Tuhan..aku punya mata,namun ku arahkan ke wajah-wajah haram.Aku punya telinga ,yang ku dengar umpat keji.Aku punya lidah,namun amat ringan menuturkan yang sia-sia.Aku punya perut ,ku penuhi dengan serakah nafsu.Aku punya kesihatan,namun kemalasanku menangguhkan hakMu.Dan aku punyai hati..hati….
Tuhan,tak mampu untukku ungkap banyaknya maksiat yang bersarang pada tempat jatuhnya pandanganMu itu…




Ya ‘Azim….


Di kala mengadapMu,baru ku sedar ada kelemahan.Betapa kerdilnya aku disisiMu,bahkan amat jauh daripada lembayung redhaMu.Dalam tangisanku,aku merintih padaMu,wahai harapan orang-orang yang mengharap.Ampunkanlah dosaku.Sambutlah tanganku dan selamatanlah aku sebelum aku tenggelam bersama perahu imanku yang karam .Tuhanku,aku benar-benar tidak berdaya menyusun kembara mujahadah ini seorang diri,kerana aku bimbangkan halusnya tipu daya syaitan.Oleh itu,tnjukkanlah aku kepada insan yang mampu menunjukkanku kepadaMu…dan pertemukanlah aku dengan insan yang mampu menyampaikanku kepada Mu..


Tuhanku Yang Maha Penyayang,ku akhiri sujudku dengan karam penuh syukur di atas keinsafan ini bersama keyakinan kepadaMu dan harapan yang belum sirna,dari sudut hati seorang hamba yang Kau ciptakan… dgn kelemahan… yang sering lupa dan sering juga leka dengan nikmat di depan mata..


“Monolog yang indah ini bukan hasil ciptaan diri ini tapi disisipkan di dalam blog ini sebagai renungan dan koreksi kita bersama ..”


Aku hanya hamba yang diciptakan dgn kelemahan sering daku lupa dan sering juga leka dengan nikmat di depan mata

BOIKOT BARANGAN ISRAEL


Bismillahirrahmanirrahim..


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.


Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?


Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.


Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.


Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.


Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akhbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)