Tuesday, December 27, 2011

Kisah anak yatim

Suatu hari k.yam datang ke rumah saya memberitahu mereka akan mengadakan program.Mengikut perancangan ada ceramah motivasi dan pemeriksaan kesihatan.Oleh sebab tu la akak datang..kata k.yam.Lantas dia pun bertanya "Boleh tak nak minta athirah sampaikan motivasi kepada anak-anak yatim?".Saya cuma tersenyum dan terdiam seketika sebelum memberi jawapan.Saya bertanya"Bila?.Hari Ahad 25 Disember.Saya berfikir bila lagi saya nak mencuba dan mencari pengalaman baru kalau bukan sekarang.Kalau sebelum ini saya merasakan hanya belajar teori sahaja sekaranglah masa untuk mempraktikkan ilmu dan pengalaman yang ada.Lantas saya pun menjawab InsyaAllah tapi kena tanya dulu suami.Jika suami izinkan saya insyaAllah sampaila saya di sana.
.

Menurut cerita k.yam anak-anak yatim ini lingkungan umur 4 tahun hingga 15 tahun.Masih ada ibu/ayah tetapi kebanyakan ibu/ayah tidak mampu menyara anak-anak kerana kemiskinan dan adik yang ramai.Kesian..itulah yang terdetik di hati saya.Mereka terpaksa berdikari menguruskan diri dan berjauhan dengan keluarga bagi meneruskan kehidupan.masyaAllah hebat!!!

Wah!saya akan dapat ilmu dan pengalaman yang baru nnti"kata saya.Dalam hati saya berbaur rasa bimbang dan gembira,bimbang apa yang saya nak sampaikan kepada mereka , gembira sebab saya tak sabar sebenarnya nak ketemu dengan insan-insan yang tabah ini.saya bertanya pendapat kepada suami saya "nak bagi pengisian apa bang?"suami saya pun jawab "bawalah kisah luqman Al-Hakim.Luqman Al-Hakim yang memberi wasiat kepada anaknya dalam Surah Luqman.Terima kasih suamiku kerana memberi buah fikiran yang bernas dan bertepatan dengan mereka.Lalu saya sisipkan wasiat Luqman di bawah tajuk "Anak solehah vs Anak tolehah "

Kira-kira pukul 9.55pagi (Ahad) saya dan suami sampai ke destinasi, berjumpa dengan empunya milik rumah anak yatim dan kak Norehan, lalu dibawa saya ke tingkat atas bertemu dengan adik-adik ini.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya pun memulakan sesi motivasi.Alhamdulillah adik-adik di sini cukup aktif dan tak segan silu apabila saya bertanyakan soalan kepada mereka.Alhamdulillah pukul 11 pagi berakhir sesi saya.Semoga anak-anak ini dapat manfaat dari apa yang saya sampaikan.


Sementara menantikan sesi pemeriksaan kesihatan, saya berbual dengan salah seorang adik ini yang berusia 12tahun dan telah mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.Adik nama apa?tanya saya.Atikah jawabnya sambil tersenyum.Kenapa mak adik hantar ke sini?Mak tak mampu lagipun adik ramai"jawabnya.Sayu mendengar kata-katanya.Lalu saya mengalihkan dengan persoalan yang lain.Bila besar Atikah nak jadi apa?.Dia pun menjawab Perekacipta.Saya bertanya lagi nak rekacipta apa?Nak reka shower yang xperlu tekan button tapi bila masuk keluar air.Saya tersenyum..hebat dan matang!dalam usia 12 tahun mampu berfikiran luas macam tu..Kalau zaman saya dulu besar-besar nak jadi apa?doktor,polis dan cikgu..tak de la yang nak jawab seperti kanak-kanak sekarang.Zaman sekarang langit terbuka yang bermaksud zaman sekarang terutama kanak-kanak terdedah dengan suasana kebaikan dan keburukan yang teramat luas.Hanya Ilmu,Iman dan Amal sahaja yang dapat membantu dan mengarahkan yang mana baik dan buruk.


Sebelum saya pulang, saya sempat titipkan nasihat buat dia.Doa akak padamu Atikah, semoga kau terus tegar dalam menjalani hidup, terus menuntut ilmu Allah, terus berdoa kepada mak yang berusaha keras memberi yang terbaik buatmu dan adik-adik yang lain,terus membantu sahabat-sahabat yang senasib denganmu terutama dalam akademik,dan terus berharap dan berdoa kepada Penciptamu.Allah sentiasa bersama dengan kita!

1 comment:

UMAIR INSYIRAH said...

perkongsian yg sgt menarik.teruskan menulis kak!