Thursday, August 27, 2009

ISU KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO


'Saya masih rela disebat'
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my

SUNGAI SIPUT: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno tidak akan merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya dan tetap dengan keputusan menerima enam sebatan walaupun terpaksa menunggu sehingga selepas Aidilfitri.

Namun, beliau akur jika Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagi membatalkan hukuman berkenan.

Ibu dua anak itu berkata, selepas melalui proses perbicaraan lebih setahun sejak Julai tahun lalu, beliau menghormati tindakan Jaip dan Jabatan Kehakiman Syarie Pahang yang bersungguh-sungguh menegakkan syariat Islam.

"Sejak kes saya pertama kali disebut di mahkamah Julai tahun lalu dan perbicaraan ditangguh beberapa kali hingga keputusan hakim bulan lalu, saya mengalami penderaan mental yang sukar dijelaskan.

"Akhbar tempatan juga menyiarkan kes saya sejak hari pertama hingga memalukan kami sekeluarga. Saya sedih sangat. Sebelum hakim menjatuhkan hukuman bulan lalu, saya sebenarnya sudah insaf dan bersedia disebat.

"Sampai hari ini (semalam), saya masih rela disebat," katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Jawang Utara, dekat sini semalam.

Kartika Sari berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam dia boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda untuk dihukum.

Najib berkata, bagi Kerajaan Pusat, soal Islam tidak boleh persoalkan yang bermakna agama Islam adalah adil dan saksama, manakala pihak berkuasa peka serta sedar segala implikasi terhadap kes itu.

Mengulas lanjut, Kartika Sari berkata, beliau menghormati saranan Perdana Menteri dan menghargai keprihatinannya, tetapi nekad dengan keputusan dan bersedia menanti hukuman.

Katanya, selepas hakim menjatuhkan hukuman denda dan sebatan bulan lalu, beliau ada mendapatkan pandangan orang alim mengenai tindakannya yang enggan membuat rayuan.

"Saya bimbang masyarakat menganggap saya tidak waras tetapi orang alim ini mengatakan saya membuat keputusan yang waras," katanya.

Kartika Sari bagaimanapun mengakui fikirannya bercelaru semula selepas pakar undang-undang mempertikaikan prosedur penahanan di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebatan


ULASAN SAYA:

1 ) Hukuman atas pesalah arak .

Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan .

Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali . Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ] berkata :

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي

Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali , semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kali rotan ]

Riwayat Imam Muslim

Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya , Imam Malik , al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.

Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak , maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [ selipar ] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak , maka beliau berbuat seperti itu juga . Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar , lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini . Ibn Auf [ Abdur Rahman ] berkata : sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan , maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .

Riwayat Ahmad , Muslim , Abu Dawud dan At tarmi


Hukuman yang jatuhkan ke atas Kartika dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.Walaupun begitu,saya berfikiran positif ini mungkin langkah permulaan untuk membawa rakyat mendekati atau menghayati hukum hudud yang selalu diselewengkan bahawa hukuman ini menzalimi bukan mendidik.

2) Sikap pemerintah yang "kurang faham" atau memandang remeh dengan hukum Allah yang ditetapkan.Tugas pemerintah bukan sahaja perlu membawa rakyat ke arah kebahagian dunia malahan kebahagian di akhirat.Selain itu tugas pemerintah juga adalah mengajak diri dan rakyatnya menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar tapi zaman fitan sekarang menjadi sebaliknya pula.

3) Tindakan yang sepatutnya adalah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat - samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya - adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !


rujukan :
# Berita harian
# Ar-risalah
# http://episodeperjuangan.blogspot.com/

No comments: