Sunday, December 20, 2009
PENGALAMANKU BERSAMA HPA
Assalamualaikum..
Salam maalhijrah 1430 diucapkan kepada semua muslimin/muslimat.Semoga tahun baru ini menjadikan kehidupan kita lebih baik dan mendapat keberkatan Ilahi dan diharap kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.
Apa itu HPA?Sebelum ini,pengetahuan saya mengenai HPA terlalu sikit apatah lagi ketika saya berada di Mesir,yang saya tahu ianya adalah satu inisiatif umat Islam dalam mengeluarkan produk yang dijamin halal,tetapi masih berada dalam peringkat permulaan.Dari sudut produk yang dikeluarkan pula,yang paling popular di kalangan pelajar Mesir kopi Radix yang menjadi amalan minuman ketika menjelang imtihan,produk lain masih kurang dikenali.
Alhamdulillah kepulangan saya ke Malaysia memberi peluang kepada saya untuk mendapat pendedahan yang lebih jelas mengenai HPA dengan menyertai kursus yang di namakan PBC (Perkongsian bijak cemerlang)di Dewan Omar Mokhtar atas RFC(Radix Fried Chicken)Sg.Petani,Kedah pada 18-19 Disember 2009.Penyertaan seramai 120 orang lelaki dan perempuan yang melibatkan pelbagai peringkat umur mengagumkan saya.Alhamdulillah ramai rupa-rupanya pejuang Islam yang ingin mempertahankan maruah Islam.
Dengan berbekalkan semangat ingin tahu dan mendapat ilmu baru saya rasa bersyukur kerana pengorbanan yang sedikit ini tidak sia-sia,terlampau banyak ilmu yang dapat dikutip malahan saya rasa kursus inilah yang terbaik kerana selain mendapat ilmu dunia,saya juga mendapat ilmu akhirat.
Pada hari pertama kursus,peserta telah dihidangkan dengan 3 slot iaitu slot pengenalan latar belakang dan sejarah awal HPA.HPA telah mula bertapak sejak tahun 1986 dengan nama Perawatan Tradisional Al-Wahida (PTA).Walaupun masih kurang dikenali,Tuan Haji Ismail b.Haji Ahmad(Pengasas HPA) terus melangkah walaupun ketika itu peralatan dan tempat yang ada terlampau naif.Berbekal semangat dan doa untuk mengeluarkan produk-produk yang halal akhirnya PTA bertukar nama kepada HPA Industries Sdn.Bhd dan di daftar secara rasmi pada tahun 1995.Bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.Pelbagai ranjau dan liku yang terpaksa ditempuhi sebelum berada di zon yang selesa seperti sekarang ketika berlakunya zaman kegawatan ekonomi dan ketika ramainya umat islam yang menjadi pejuang gigih menegakkan syarikat kapitalis dan kuffar.Kini umat Islam seharusnya berbangga,HPA terus bergerak menembusi luar malaysia iaitu brunei dan Indonesia,malahan HPA telah berjaya membina sebuah hotel yang dinamakan HOTEL EL-ZAHRAA INN di Sg.Petani,kedah.Inilah jalan perjuangan orang Islam terdahulu.Hebat!Masyaallah.
Slot kedua berkaitan dengan asas plan pemasaran.Slot ini membantu kita untuk menjadi usahawan yang berjaya berdasarkan plan -plan yang dibuat.Slot ketiga rahsia gerak kerja 6M iaitu penyusunan gerak kerja yang dibuat bagi memudahkan peserta terus melangkah menjadi usahawan yang berjaya.
Selepas itu diadakan GKB (gerak kerja berkumpulan)yang akan dibentangkan kepada peserta-peserta yang lain.Alhamdulillah tajuk yang kumpulan saya dapat tidaklah susah cuma cara pembawaan yang perlu difikirkan.Dengan pendekatan yang dibawa ini merapatkan hubungan ukhuwwah saya dan peserta lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari 40 tahun sehinggalah 18 tahun seterusnya melatih saya berkomunikasi dengan cara yang pelbagai bagi menyelesaikan GKB bersama.Alhamdulillah seronok bersama dengan mereka "satu fikrah,satu amal".
Pada pukul 5 pagi diadakan qiamulail bersama.Memang seronok sehinggakan terlintas di hati saya"ada ke kursus keusahawanan buat mcm ni?"Setakat yang saya tahu tidak ada.Malahan selepas solat subuh berjemaah kami dihidangkan dengan tazkirah sebelum meneruskan program seterusnya.Memandangkan peserta dari pelbagai peringkat umur,pihak penganjur mengambil inisiatif mengadakan satu slot bacaan mathsurat dengan dikepilkan setiap seorang mathsurat.Untuk pengetahuan semua salah satu amalan pekerja-pekerja HPA ialah membaca mathsurat sebelum memulakan tugas.
"ada ke pekerja-pekerja dari syarikat perniagaan lain mengamalkan mathsurat?"fikir-fikirkan lah.
Pada hari terakhir kursus, diadakan slot berkaitan kelebihan kopi radix dan kandungan yang terdapat di dalamnya.Antaranya ialah teja lawang yang bersifat karminatif (tolak angin),baik untuk masalah angin dan demam.Peserta juga diperkenalkan dengan satu slot perawatan jawi iaitu merawat melalui tapak tangan.Hebat ciptaan Allah,masyaallah!Di antara ilmu yang saya dapat ialah mengenalpasti masalah buah pinggang iaitu ruas jari bawah membuncit,bawah kuku warna hitam masalah kencing manis.Setiap penyakit ada ubatnya selain mengenalpasti penyakit,peserta diperkenalkan ubat-ubt HPA yang dapat membantu mencegah atau mengurangkan masalah pesakit dengan izin Allah.
Kesimpulan yang dapat saya buat ialah marilah kita sama-sama memperjuangkan produk-produk yang halal dengan membeli barangan HPA(Herba Penawar Al-Wahida),kalau kita tidak mampu menjadi usahawan produk HPA,cukupla menjadi pembeli yang setia HPA.Ingatlah!setiap makanan dan minuman kita menjadi darah daging kita begitu juga dengan barangan lain,mari kita sama-sama boikot barangan kuffar dan mempromosikan barangan ISLAM.Mari kita sama-sama berhijrah buat perubahan sempena kedatangan tahun baru ISLAM.
Jom layari laman web ini http://www.hpa.com.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment