Friday, January 8, 2010

KEMATIAN


Allah berfirman:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah
disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam surga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan."(Al-Imran :185)

Kematian adalah satu kepastian tidak boleh diundur atau dipercepatkan.Semua jiwa akan merasai kematian.Biarlah lari sekuat manapun,setinggi mana pendakian kita,kita tetap akan didatangi oleh malaikat maut yang patuh dan taat dengan segala perintahNya.
Allah berfirman:
"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, sekalipun kamu berada
di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."(An-nisa:78)

Hari ini saya mendapat khabar berita mengenai kehilangan seorang lagi mujahid (Us.Fauzi Azizan) yang ditakdirkan meninggalkan mujahidahnya yang sedang sarat mengandung 7 bulan.Alhamdulillah semoga pemergiannya pada hari jumaat(Penghulu segala hari) merupakan petanda husn al-khatimah dan ruh beliau diterima pada tempat yang mulia di sisi Allah SWT."Patah tumbuh hilang berganti"semoga anak yang dikandung oleh mujahidahnya menjadi penerus perjuangan abinya dalam menyambung rantai perjuangan Rasulullah..i.Allah


Teristimewa buat mujahidah k.saholyatul Akma..

Menyingkap kembali sirah Rasulullah,wajib kita yakini bahawa jalan ini pernah dilalui oleh oleh seorang wanita yang cukup mulia kerana telah mengandungkan seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir tanpa suaminya disisi.Dia ialah Aminah bt Wahab bonda Nabi Muhammad s.a.w.Dengan penuh ketabahan,kesabaran, kecekalan dan tawakal kepada Allah beliau berjaya membesarkan seorang Nabi dan rasul yang bukan sahaja hebat di mata umatnya malahan musuh Islam sendiri,masyallah!.Jadikan sirah ini sebagai satu momentum yang hebat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.I.Allah.


Buat kita yang masih hidup...

Jadikan kematian sebagai motivasi tambahan untuk menilai dan muhasabah kembali segala amalan yang telah dibuat di dunia ini.Selama anda hidup,berapa kali solat yang didirikan mencapai tahap @ hampir khuysuk?Anda pasti dengan amalan yang ada mampu membantu anda menjawab soalan malaikat munkar dan Nakir?.Kerana jawapan "tidak/kurang" marilah sama-sama kita berlumba-lumba mengumpul segala pahala.Jadikan dunia ini sebagai ladang untuk mendptkan hasilnya di akhirat kelak.



Allah berfirman:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian dan beramal shaleh maka
mereka akan memperoleh pahala."(Al-Baqarah:62)

No comments: