Friday, January 30, 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL


Bismillahirrahmanirrahim..


"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.


Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?


Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.


Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.


Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.


Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akhbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Tuesday, January 13, 2009

BOIKOT !!!



JANGAN BERHENTI BERUSAHA UNTUK ISLAM!!!

Jangan Berhenti Berusaha
www.iluvislam.com
Zaharuddin Abd Rahman*
Editor:afdhal87


Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya. Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera.

Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali. Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda. Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular.

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"





USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.




1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..




2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam




3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :



A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.







4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.


5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.


6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.


7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.


8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.


TINGKATKAN KEPEDULIAN
Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya: Allah menyebut : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu "(Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi yang bererti : "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan "( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)



AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya. Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya. Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus.

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin. Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?



MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa? Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang. Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.



QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. Maksudnya :

"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU." .Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka. Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa. Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Tuesday, January 6, 2009

SINAR @ TERSIRNAKAH KITA DENGAN ISU UMMAH?

:s::a::l::a::m:...

:look:Salam Maalhijrah 1430 & selamat tahun baru 2009 kepada semua sahabat-sahabat.. pasti setiap org dah pasang azam dan niat masing-masing utk tahun baru ni,tp ingat sahabat-sahabat semoga apa yang kita azamkan bukan shj ditutur di bibir tapi dilaksanakan dengan perbuatan i'Allah.

:reading:Sahabat-sahabat tahu apa yang berlaku di dunia kita skrg?erm..kalau yang tak tahu wajib ambik tahu ,yang tahu teruskan mengikuti perkembangan.Sekarang ni sahabat-sahabat seislam kita sedang berjuang meneruskan kehidupan , bayangkan sahabat-sahabat mrk terpaksa bertarung dgn pelbagai jenis peluru ,kereta kebal dan helikopter yang serba moden dengan hanya bersenjatakan batu yang tidak ada nilaiannya di mata kita tetapi bernilai di sisi sahabat seislam kita di sana.Itulah senjata yang mrk ada bg mempertahankan diri,keluarga dan agama islam.

:s::a::h::a::b::a::t: ..
:phonecry:Perkhabaran dari sempada Gaza cukup menyiat hati saya,setiap hari kematian bertambah dari semasa ke semasa,sehingga terdetik di hati saya seandainya Rasulullah hidup,pasti baginda akan menangisi apa yang berlaku dunia pada hari ini.Hari ni dah 11 hari serangan israeil kepada sahabat seislam kita,saya tak tahu setakat mana usaha saya :cry:saya hanya mampu berdoa,berdoa dan terus berdoa.Ya Allah semoga Engkau menerima doaku untuk sahabat seislam walaupun diriku ini penuh dengan dosa!Perkenankanlah Ya Allah..

Setiap kali saya menatap wajah-wajah sahabat seislam kita yang syahid (i'Allah) dan yang tercedera ,timbul rasa cemburu kpd mereka,jiwa mereka cukup kuat dan tabah,xde sekelumit perasaan menyesal dengan apa yang berlaku,apatah lagi menyalahkan agama ISLAM,hebat!Jiwa yang ditarbiyah , dididik dan dilatih dengan kefahaman ISLAM yang sebenar sehingga mampu melahirkan kesedaran untuk mempertahankan ISLAM.MasyaAllah..Bila melihat diri ni,betapa kerdilnya diri ni sedangkan saya kadang-kadang xcukup kuat dengan ujian& cabaran yang datang,bukan salah ibu mengandung tapi diri ini yang terlampau lemah.

Saya teringat akan kata-kata ni "Perjuangan dlu diuji keganasan,maka lahirlah IMAN yang kuat utk melawan!Perjuangan skrg diuji mengikut kemampuan walaupun pahit utk dihadapi tapi, ujian inilah tarbiah yang membuatkan kita ISTIQAMAH dlm mencapai cita-cita !Cukup bertuah menerima tarbiah dgn harapan sentiasa dlm REDHONYA,sedangkan org lain masih mencari-mencari ..CUKUP BERTUAH!:mLove:


:s::a::h::a::b::a::t:...

Kita macam mn ? , kadang-kadang nak boikot barangan Israiel dan sekutu-sekutunya pun fikir 100 x,yer la murah,berkualiti dan senang ditemui berbanding produk barangan islam. Baru-baru ni saya mendapat offline dari sahabat yang lain mengenai kesan boikot barangan mrk iaitu Denmark ambassador, perdana menteri dan Denmark Channel semuanya cuba untuk hentikan boikot yang telah dilakukan oleh Muslim seluruh dunia sejak bulan lepas di mana sehingga kini mereka menanggung kerugian sehingga 2 BILLION EURO! Jika kita terus boikot DENMARK untuk 7 bulan lagi, mereka boleh rugi hampir 40 BILLION EURO.

Sahabat-sahabat,jom kita usaha memboikot brgn mrk,jangan pandang remeh dengan kempen ini krn kita akan ditanya kelak di akhirat nanti apa usaha yang kita lakukan untuk menyelamatkan agama ISLAM ..Sekiranya tidak mampu,mari kita sama-sama perbanyakkan doa dan solat hajat kepada sahabat-sahabat kita di sana supaya terus kuat,tabah dan tidak berputus harap dgn Allah s.w.t.Mrk diuji dan kita pun diuji krn ujian ini adalah untuk meningkatkan tahap keimanan dan keyakinan kita kepada Nya.

Firman Allah s.w.t :Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki.Barangsiapa diberi hikmah,sesungguhnya Dia telah diberi kebaikan yang banyak.Dan tiak ada yang dpt mengambi pelajaran/iktibar kecuali orang-orang yang berakal. (surah Al-Baqarah :269)

Mari kita renungi dan muhasabah diri kita...

Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, “Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,” Duhai sahabatku, Mereka di sana mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan. subhanallah...

UCAPAN PALESTIN KPD KITA: Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.


:s::a::h::a::b::a::t:...

Semoga kita mendapat secebis kesedaran walaupun tak banyak..Saya ingin mencadangkan sahabat-sahabat melayari laman web ni:-
http://arrahmah.com/index.php/photo/detail/2983/gaza-massacare

http://www.palestinkini.info/

Friday, January 2, 2009

VISITED FRIENDS

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat-sahabat perjuangan ?dah lama rasanya diri ini tidak menulis, just copy paste sahaja dari artikel-artikel orang.Apapun saya berharap kita bukan sahaja membaca tapi merenungi dan mengadaptasikan dalam kehidupan kita.i'Allah..

Hari ni (jumaat 2 Dis 2009) saya rasa cukup seronok,Allah beri peluang kpd saya untuk pergi ziarah menziarahi sahabat-sahabat kuliah dan adik-adik tib.Jadi,di sinilah bermulanya episod jaulah private saya .....

  • 10.30 pg di kawasan dirasat..

Ketika saya dlm perjalanan, diri ini rasa bimbang takut-takut mengacau study sahabat-sahabat..al maklum la saya ni tak exam lg.Alhamdulillah , saya sampai di destinasi yang ingin dituju wlpn xdpt gi semua rumah just one house tp ada rasa kepuasan dalam diri mampu mendengar masalah sahabat,sekurang-kurangnya mampu mengurangkan walaupun sedikit dan melihat sahabat-sahabat mampu mengukir senyuman dan menghulurkan tangan menyambut tetamu dan menghidangkan makanan dalam keadaan waktu yang cukup genting untuk menghadapi exam dunia . Jazakumullahu khairan jaza'.

  • Destinasi ke rumah adik tib di Gamaah dan Tiraah..

Bagi merealisasikan ziarah ni sekaligus menyampaikan hasrat saya untuk mengadakan SMART CIRCLE, saya tidak keseorangan tp ada sahabat yang sudi menjadi peneman kepada saya.Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan sempurna.Destinasi 1 di rumah kt Istad gamaah,alhamdulillah saya cukup terharu dengan layanan mereka yang simple tapi ukhuwwah y mereka tunjuk cukup hebat.Bayangkan sahabat-sahabat,ada sstgh mrk nk exam hr isnin ni boleh keluar bilik layan tetamu dan ada pula yg dr open house,then ada kelas ,sanggup patah balik nk jumpa tetamu (saya dan penaman)sedangkan kelas beberapa minit lagi akan berjalan.sanggup dan mampu tak saya buat mcm mrk?Ya Allah.........

  • Destinasi 2 masih di Istad Gamaah ..

Perjalanan tak jauh mana depan rumah destinasi 1 tadi cumanya kedudukannya di atas sekali..tak jadi masalah,normal la tu.Berbekalkan senyuman dan kudrat dr Ilahi saya terus memberi salam,lalu disambut oleh 2 orang adik tib yang sememangnya saya kenal sejak tahun lepas lagi.Alhamdulillah layanan yang sama cumanya saya agak kagum dengan mrk,salah seorangnya ambik dentist.nak tahu kenapa?saya kagum dengan sifatnya yang tenang,yang bersahaja malahan mampu melayan kami dengan baik walaupun pada hakikatnya dia terpaksa berhempas pulas dengan 4 topik dalam 1 subjek yang akan dihadapinya hr isnin ini..adakah saya mampu YA Allah...???.Di satu sudut yang lain,seorang adik tib datang,dengan sebuah handset yang di loudspeaker sambil bersalam..tahu tak dia tgh buat apa sahabat-sahabat?dia tengah mendengar suara ustaz yang sedang mengajar feqh,sanggup hbiskan topap semata-mata nk mendapatkan ilmu agama.Apabila ditanya,katanya tak sempat nak gi.MasyaAllah ..sampai tahap mcm ni mrk sanggup buat untuk dptkan ilmu agama?Diri ni terkedu lalu mengoreksi diri ini mengingatkan kelalaian dalam menadah ilmu agama yang bercurah-curah datang tp tak disambut dengan penuh kesungguhan..Mcm tu la manusia..apabila perkara yang berharga di depan mata,jarang di ambil berat,tp apabila hilang,barulah bersungguh-sungguh mencari.. Ya Allah maafkan lah diri ini Ya Allah........

  • Destinasi terakhir di Tir'aah...

Sepanjang perjalanan,saya mengkoreksi diri ini..banyak betul kelalaian dan ketidaksungguhan saya dalam menuntut ilmu berbanding adik tib lebih-lebih lagi ilmu agama..Saya berharap sahabat-sahabat tidak seperti saya.Gunakan masa yang ada untuk mencari mutiara-mutiara ilmu yang masih belum dikaji dan diambil..

Saya dan sahabati akhirnya sampai ke destinasi yang dituju..Alhamdulillah.Berbekalkan kekuatan yang diberi olehNya ,saya berjaya menyelesaikan Smart Circle saya pd malam ni simple,padat dan tepat,i'Allah. Jazakumullahukhairan jaza' kepada ahli Smart Circle yang saya sayangi hanisah,sumayyah,ummu,asyikin,Ihsan,Husna,Husni,Manal dan Amalina kerana memberi komitmen yang memberangsangkan.

Jazakumullahukhairan Jaza' kepada insan-insan yang berjaya membuatkan jaulah saya cukup bermakna dan saya tak kan lupa utk selama-lamanya.


"JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN"


Sunday, December 28, 2008

PENDAKWAHKAH AKU?

Pendakwahkah aku??

Seorang Da’ie – bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan.
Kita?? – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Da’ie – mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit.
Kita?? – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

Seorang Da’ie – amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.
Kita ??– kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang Da’ie – selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya
Kita?? – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Seorang Da’ie – suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama’ serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri.
Kita?? – cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Da’ie – rumahtangganya dihiasi dengan bi’ah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Qur’an atau nasyid-nasyid Islami.
Kita?? – rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Qur’an, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Seorang Da’ie – menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar
Kita?? – sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Da’ie – jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam
Kita?? – jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar dan pendendam

Seorang Da’ie – menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.
Kita?? – mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Seorang Da’ie – memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.
Kita?? – tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Da’ie – tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.
Kita?? – boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Seorang Da’ie – sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.
Kita?? – menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah

Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!

Kesimpulannya, pendakwahkah aku?

kata -kata hikmah luahan syeikh Ali Tantawi

Butir2 kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati..

"Wahai puteriku,
Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..
Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah..

Wahai puteriku,
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan..

Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya..

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm pelbagai bentuk.. Wanita semakin berani dan tidak malu2 untuk membuka auratnya.. Tubuhnya ditonjol2kan.. Pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.. Semua itu bergerak melanda negara demi negara.. Tanpa satu negara Islam yg mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yg terkenal dgn keserasian akhlak yg sgt ketat menjaga kehormatan diri dgn menutup auratnya.. Sekarang, astaghfirullah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan, paha, punggung dan dada.. Kita gagal dan aku kira kita tidak akan berjaya..
Tahukah engkau apa penyebabnya, puteriku?!

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya..

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu itu ada di tanganmu.. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik..

Engkau benar puteriku,
bahawalah kaum lelakilah yang mula2 melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju..
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk..

Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk" dan setelah engkau ditimpa kecurian barulah engkau tersedar.. Ketika itu barulah engkau berteriak, "Tolong! Tolong! Aku kecurian"

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dlm ancaman cengkaman serigala..
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yg kikir terhadap pencuri..

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar kambing.. Dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu..
Lelaki menghendaki yg paling berharga darimu.. Iaitu harga diri dan kehormatanmu.. Nasib seorang gadis yg diragut kehormatannya lebih menyedihkan drpd nasib seekor kambing yg dimakan serigala..

Wahai puteriku,
Demi Allah, apa yg dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa berpakaian..

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan kalian percaya terhadap kata2 sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab
".. Bohong! Bohong! Demi Allah, dia berbohong!

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau menjadi takut dan ngeri.. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dgn lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud2 tertentu..
Setidak2nya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal..

Apakah sesudah itu, puteriku?

Fikir2kan dan renungkanlah jika kalian adalah muslimah yg bijaksana serta punyai harga diri!!"
Wallahu 'alam..