Friday, January 2, 2009

VISITED FRIENDS

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat-sahabat perjuangan ?dah lama rasanya diri ini tidak menulis, just copy paste sahaja dari artikel-artikel orang.Apapun saya berharap kita bukan sahaja membaca tapi merenungi dan mengadaptasikan dalam kehidupan kita.i'Allah..

Hari ni (jumaat 2 Dis 2009) saya rasa cukup seronok,Allah beri peluang kpd saya untuk pergi ziarah menziarahi sahabat-sahabat kuliah dan adik-adik tib.Jadi,di sinilah bermulanya episod jaulah private saya .....

  • 10.30 pg di kawasan dirasat..

Ketika saya dlm perjalanan, diri ini rasa bimbang takut-takut mengacau study sahabat-sahabat..al maklum la saya ni tak exam lg.Alhamdulillah , saya sampai di destinasi yang ingin dituju wlpn xdpt gi semua rumah just one house tp ada rasa kepuasan dalam diri mampu mendengar masalah sahabat,sekurang-kurangnya mampu mengurangkan walaupun sedikit dan melihat sahabat-sahabat mampu mengukir senyuman dan menghulurkan tangan menyambut tetamu dan menghidangkan makanan dalam keadaan waktu yang cukup genting untuk menghadapi exam dunia . Jazakumullahu khairan jaza'.

  • Destinasi ke rumah adik tib di Gamaah dan Tiraah..

Bagi merealisasikan ziarah ni sekaligus menyampaikan hasrat saya untuk mengadakan SMART CIRCLE, saya tidak keseorangan tp ada sahabat yang sudi menjadi peneman kepada saya.Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan sempurna.Destinasi 1 di rumah kt Istad gamaah,alhamdulillah saya cukup terharu dengan layanan mereka yang simple tapi ukhuwwah y mereka tunjuk cukup hebat.Bayangkan sahabat-sahabat,ada sstgh mrk nk exam hr isnin ni boleh keluar bilik layan tetamu dan ada pula yg dr open house,then ada kelas ,sanggup patah balik nk jumpa tetamu (saya dan penaman)sedangkan kelas beberapa minit lagi akan berjalan.sanggup dan mampu tak saya buat mcm mrk?Ya Allah.........

  • Destinasi 2 masih di Istad Gamaah ..

Perjalanan tak jauh mana depan rumah destinasi 1 tadi cumanya kedudukannya di atas sekali..tak jadi masalah,normal la tu.Berbekalkan senyuman dan kudrat dr Ilahi saya terus memberi salam,lalu disambut oleh 2 orang adik tib yang sememangnya saya kenal sejak tahun lepas lagi.Alhamdulillah layanan yang sama cumanya saya agak kagum dengan mrk,salah seorangnya ambik dentist.nak tahu kenapa?saya kagum dengan sifatnya yang tenang,yang bersahaja malahan mampu melayan kami dengan baik walaupun pada hakikatnya dia terpaksa berhempas pulas dengan 4 topik dalam 1 subjek yang akan dihadapinya hr isnin ini..adakah saya mampu YA Allah...???.Di satu sudut yang lain,seorang adik tib datang,dengan sebuah handset yang di loudspeaker sambil bersalam..tahu tak dia tgh buat apa sahabat-sahabat?dia tengah mendengar suara ustaz yang sedang mengajar feqh,sanggup hbiskan topap semata-mata nk mendapatkan ilmu agama.Apabila ditanya,katanya tak sempat nak gi.MasyaAllah ..sampai tahap mcm ni mrk sanggup buat untuk dptkan ilmu agama?Diri ni terkedu lalu mengoreksi diri ini mengingatkan kelalaian dalam menadah ilmu agama yang bercurah-curah datang tp tak disambut dengan penuh kesungguhan..Mcm tu la manusia..apabila perkara yang berharga di depan mata,jarang di ambil berat,tp apabila hilang,barulah bersungguh-sungguh mencari.. Ya Allah maafkan lah diri ini Ya Allah........

  • Destinasi terakhir di Tir'aah...

Sepanjang perjalanan,saya mengkoreksi diri ini..banyak betul kelalaian dan ketidaksungguhan saya dalam menuntut ilmu berbanding adik tib lebih-lebih lagi ilmu agama..Saya berharap sahabat-sahabat tidak seperti saya.Gunakan masa yang ada untuk mencari mutiara-mutiara ilmu yang masih belum dikaji dan diambil..

Saya dan sahabati akhirnya sampai ke destinasi yang dituju..Alhamdulillah.Berbekalkan kekuatan yang diberi olehNya ,saya berjaya menyelesaikan Smart Circle saya pd malam ni simple,padat dan tepat,i'Allah. Jazakumullahukhairan jaza' kepada ahli Smart Circle yang saya sayangi hanisah,sumayyah,ummu,asyikin,Ihsan,Husna,Husni,Manal dan Amalina kerana memberi komitmen yang memberangsangkan.

Jazakumullahukhairan Jaza' kepada insan-insan yang berjaya membuatkan jaulah saya cukup bermakna dan saya tak kan lupa utk selama-lamanya.


"JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN"


No comments: