Tuesday, July 7, 2009

Ujian Adalah Tarbiyah Dari Allah


Alhamdulillah setelah menanti sekian lama,akhirnya result saya pun keluar,berita yang keluar daripada mulut sahabat saya telah saya duga,walaupun begitu saya bersyukur dengan usaha yang tidak sehebat mana berbanding sahabat-sahabat yang lain,saya hanya di uji dengan membawa satu madah AL-QURAN,memang Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya bila diuji.Perit juga sebenarnya menerima berita ini tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik ini.Teringat ayat quran yang berbunyi "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan :Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi?,begitu juga dengan lirik nasyid yang berbunyi "Dan kutahu tiap yang terbaik untukku,tak semuanya yang ku mahu"..mungkin ada benarnya..

Berdebar-debar sebenarnya nak telefon abah dan mama untuk memaklumkan perkhabaran result ini,bukan sebab takut kena marah tapi takut mereka sedih.Dengan kudrat yang tidak seberapa ini saya pun mengagahkan tangan mendail no telefon malaysia..maka bermulalah episod saling nasihat menasihati ..

Alhamdulillah mama dan abah saya redha dengan apa yang diberi olehNya,ada peluang lagi,Allah sekadar menguji hambaNya kata mereka.Syukur teramat sangat kerana memiliki mama dan abah yang cukup memahami diri ini,mereka tidak menyalahkan kesibukan saya dalam berpersatuan kerana kebanyakan orang yang berjaya terdiri dari kalangan orang yang berpersatuan..


Selang 2 hari selepas saya menelefon keluarga,tergerak di hati saya untuk membuka email,rasa macam ada sesuatu yang istimewa dalam email saya..rupa-rupanya email dari mama saya...

Assalamualaikum

Semoga athirah selamat menjalani ibadat. Berada di negara orang adalah satu kejayaan dan bonus dari Allah swt. Bukan semua orang terpilih berada di tanah anbia melainkan orang yang tahan diuji dan sabar dengan segala kesusahan hidup. Berdikari adalah satu tiket untuk mengumpul pengalaman yang kadang kala manis, tidak dikecapi oleh orang lain. Beruntunglah tirah salah seorang daripadanya.

Allah swt sangat berkuasa. KepunyaanNyalah apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Dia hanya berkata kun fayakun, maka jadilah ia. Jika Dia mahu seseorang itu berjaya, berjayalah ia. Jika sebaliknya anggaplah sebagai ujian. Orang yang sabar pahalanya berlipat ganda. Setiap apa yang datang redhalah dengan ketentuannya. Maka banyaklah ujian yang mendatang. Pun begitu sebagai insan yang cukup yakin dan faham bahawa allah sangat dekat dan sayang kepada hambaNya walau pun dosanya sebanyak buih di lautan. Jika ia insaf dan bertaubat kepadaNya. Anggaplah kegagalan tirah sebagai ujian. Allah hanya menguji. Mahu lihat ketabahan hati. Jika terima dengan redha hati, percayalah insyaalah kejayaan pasti menanti. Mama optimis sekali insya allah tirah akan lulus nanti. Jangan susah hati al quran tu milik allah. Ingatan kita juga milik allah. Buat yang terbaik, janganlah susahkan diri. Allah suka hambanya menanti, dengan rasa rendah diri.Percayalah pada diri sendiri. Yakin kebolehan diri. Gunakan otak kanan dan kiri. Kreatif dalam menyelesaikan masalah. Bijak mengurus diri. Insyaallah setiap masalah boleh diatasi. Sekian. Salam sayang dan rindu...

Jazakillah buat mama tersayang kerana engkau permata yang sangat berharga buat diriku ini..

Buat sahabat-sahabat saya yang menerima ujian seperti saya,kita jangan bersangka buruk dengan Allah.Percayalah!Kita akan mendapat kejayaan yang BERKAT cuma lambat sikit sahaja dari sahabat-sahabat yang lain.Jangan berputus asa!


Ya Allah andai semua yang berlaku ini terbaik untuk aku,maka aku Redha Ya Allah..Ya Allah aku percaya segalanya adalah milikMu..Tabahkan hatiku YA Allah..

No comments: