Tuesday, December 1, 2009

Koleksi rindu seorang aku


Di sini..aku terdiam resah
Menghitung memanik rindu
Menafsir dedebu kasih...

i)Sebagai hamba Allah
Aku rindu limpahan kasih rahmatNya
Memohon seberkas ihsan u secebis keampunan
Memohon redhaNya atas segala
Lantas aku terpaku..
Layakkah hmba dhoif ini dikabul doanya?

ii)Sebagai seorang anak
Aku rindukan titisan kasih sayang
Dibanjiri belai kasih tidak bertepi
Menjadi penghibur penawar nestapa
Jua ku cuba menggamit redhaNya lantas aku terdiam..
Merenungi hakikat anak solehah yang masih kejauhan

iii)Sebagai seorang sahabat
Aku rindukan untaian mesra
Untuk mengundang serantai mesra ukhuwwah
Bersama mengisi derita pun berkongsi bahagia
Namun aku tahu..aku belum mampu
Menjadi insan yang bergelar sahabat

iv)Sebagai seorang pelajar
Aku rindukan segumpal kejayaan
Agar mampu mengukir senyum si pengharap
Mencipta puas ibubapa tercinta
Jua menhgenang keringat jerih mereka
Pun cukup mengerti aku belum bersedia

v)Sebagai seorang daie
Aku rindukan kemanisan perjuangan
Dalam mendaulah Din Ilahi
Hasil pengukuhan Qiyadi dan Jundi
Namun aku sedari
Serpihan-serpihan amanah kucicirkan

vi)Sebagai seorang perempuan
Aku rindukan seorang insan bergelar suami
Berakhlak persis Nabi dan sahabat baginda mampu membina mahligai bhgia-B.Muslim
Mendidik aku dan anak-anak mengenal Allah & perjuangan Rasulullah,
Bersama mengharungi ranjauan hidup,untuk firdausi Rabbi
Namun aku cukup sedari
Aku sendiri merindui peribadi bak bayangan serikandi Islam
Dan di sini aku terpaksa
Dibening malam munajat Ilahi
Mengalung restu dan doa
Ku pasrah padaMu ya Ilahi..

rujukan :soutul huffaz (bil 1):Hijrah-Satu paradigma kehidupan

Tuesday, November 17, 2009

Kelebihan Bulan Zulhijjah


Sepuluh hari yang pertama di bulan Zulhijjah jarang-jarang sekali diperkatakan mengenai kelebihannya. Sedangkan tempoh ini mempunyai nilai yang sangat besar kemuliannya berbanding dengan masa-masa yang lain. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Fajr, ayat 1-3 :

وَالْفَجْرِ . وَلَيَالٍ عَشْرٍ . وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

yang bermaksud : Demi fajar, Dan malam yang sepuluh, Dan yang genap dan yang ganjil



Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil tersebut ialah hari arafah.



Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Nabi SAW telah bersabda :

ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام (يعني العشر)، قالوا: “يا رسول الله، ولا الجهاد في سبيل الله؟” قال -صلى الله عليه وسلم-: “ولا الجهاد في سبيل الله، إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء”.

Yang bermaksud :

Tidak ada amalan soleh yang lebih disukai oleh Allah SWT lebih daripada (amalan) pada hari-hari ini (iaitu sepuluh hari bulan zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, sekalipun dengan jihad di jalan Allah?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Sekalipun dengan jihad. Kecuali jika seseorang keluar dengan dirinya dan hartanya dan tidak kembali lagi (mati syahid)”



Hadis ini jelas menunjukkan kelebihan 10 hari yang pertama di bulan Zulhijjah ini sehingga tidah dapat ditandingi oleh mana-mana amalan pun kecuali mati syahid.



Manakala kelebihan hari arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah SAW ketika menafsirkan ayat ke 3 dari Surah al-Buruj :

الشَّاهِدَ يَوْمَ عَرَفَةَ وَالْمَوْعُودَ يَوْمَ الْقِيَامَةَ

Yang bermaksud : Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat. (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)



Di dalam hadis yang lain, baginda SAW bersabda :

أفضل الأيام يوم عرفة

Yang bermaksud : Sebaik-baik hari ialah hari arafah (Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya)



Di dalam hadis yang lain pula, sabda baginda SAW lagi :

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Yang bermaksud : Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SAW akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari arafah. (Riwayat Muslim)



Bagaimana beribadat pada 10 Hari Pertama Zulhijjah Ini?



Di antara ibadat yang boleh diperbanyakkan pada tempoh ini ialah puasa sunat khususnya pada hari wukuf di arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Yang bermaksud : Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang (Riwayat Muslim)



Selain itu, seseorang muslim digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, bacaan al-Quran, qiyam dan sebagainya untuk mendapatkan ganjaran sebanyak mungkin di dalam tempoh yang amat berharga ini


http://ahmadfadhli.wordpress.com/2008/11/29/kelebihan-10-hari-pertama-di-bulan-zulhijjah/

Tuesday, October 27, 2009

Perkahwinan adalah satu kebahagian apabila adanya REDHA..


Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat-sahabat perjuangan?semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayangNya.Lama benar saya tidak mengupdatekan blog ini,hampir sebulan juga..

Pertamanya saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat –sahabat saya EX-SMKANT,EX-DQ dan Mesir kerana sudi menghadirkan diri ke majlis walimah saya,terharu dengan kehadiran kalian walaupun kad jemputan tidak dihulurkan melainkan sms dan perkhabaran dari blog dan Friendster sahaja.Alhamdulillah walaupun kita membawa haluan masing-masing tapi ukhuwwah fillah yang terbina tidak pernah ditelan masa dan zaman,akhirnya bertemu juga di majlis istimewa saya.Alhamdulillah,terima kasih tuhan!

Kini,sudah sebulan saya mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta Azhar Abd. Rahman,walaupun kini dia tidak berada disisi saya.”Alah bisa tegal biasa”,saya dah redha di atas permusafiran dia dalam menuntut ilmu di bumi Allah (Madinah Al-Munawwarah).iAllah

Mengimbas kembali peristiwa di Mesir,di suatu petang,di rumah Nujhi 1

“ak,saya nak telefon kelurga sekejap,dah lama rasanya tak call mereka,”kataku.Setelah kebenaran diperoleh ,aku terus mggunakan khidmat Lowrate Voip yang popular di kalangan pelajar di situ.ku dengar telefon telah diangkat,lalu terdengar suara mamaku sayup-sayup kedengaran.Mama,result tak keluar lagi,kemungkinan tirah balik bulan 10,”kataku..Mama,tirah ada nak bincang sikit dengan mama tapi bukan sekarang,lepas result baru bincang.Mamaku rasanya dapat meneka apa yang aku fikirkan ketika itu..pasal kahwin ke?katanya cuba meneka..Aku dengan malu-malu kucing mengiakan. Tak lama selepas itu,masuk satu msg,datang dari mama “suruh azhar call abah dalam pukul 10mlmm waktu Malaysia”.Ketika itu,fikiranku runsing,nak buat apa pula la mama abah ni..Lalu aku dengan segera menghantar msg kat mama.Mama & abah redha ke tirah kahwin tahun ni?klu xpasti atau ragu-ragu tak pe lah,tahun depan kahwin,”kataku.Msg dari mama rupanya..Mama & abah redha .Ringkas tapi membuatkan aku tak putus-putus ucap syukur kepadaNya,dengan perbincangan ringkas kedua pihak malam itu,akhirnya bersetuju untuk dinikahkan tahun ini..Kata zauj aku,ketika sms aku smpai pada dia ketika itu,dia baru siap berdoa di depan kaabah minta padaNya untuk dimakbulkan hajat.

Selang beberapa hari selepas itu(tak pasti),akad nikah ditetapkan 24/9/2009.Terkejut aku ,mak oooi cepatnya,tinggal beberapa minggu jer nk buat persiapan…Ya Allah sempat ke tak ni.mudahkan urusan kami Ya Allah.Doaku di dalam hati..Lalu tiket one way ku tempah awal walaupun result belum keluar,aku berharap sangat aku najah kabir .Selang beberapa hari result aku pun keluar,ramai ku dengar najah tapi aku terkeluar dari senarai tersebut,rasa macam nak pengsan dengan ujian ini,aku terus call mama memberitahu result aku.Mama cuba menenangkan keadaanku,think positif dan ada hikmah di sebaliknya.Dia suruh aku balik juga lagipun kita dah berjanji dengan orang.Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku ketika itu bercampur gembira &sedih.

Kepulangan aku 12/9/2009 ke Malaysia disambut gembira oleh keluarga.Mama memaklumkan padaku kita buat terus kenduri,senang tak payah tangguh-tangguh dah tahun depan.Terkejut aku untuk kesekian kalinya..Alhamdulillah tak sakit jantung jer masa tu..Setelah itu kami terus bertolak ke pusat membeli belah untuk membeli barang hantaran untuk pihak lelaki .Sementara di rumah pak dak aku sibuk mengecat rumah ,alhmdulillah ada adik beradik mama yang mahir ,memudahkan lagi urusan di dalam rumah ermm..teringat pula baju pengantin ,ada ke orang nak terima tempahan ,dekat-dekat nak raya ni..jangan risau mama kata padaku dah siap dah,sehari je .Hantaran mcm mn pula?jangan risau,kawan mama boleh hiaskan,selebihnya kawan-kawan dan jiran kita bagi.Di dalam hatiku syukur alhamdulillahHari berikutnya pula aku pergi temuduga nikah,alhmdulillah dipermudahkan semuanya,Alhamdulillah dalam seminggu urusan aku selesai.mesti tak percaya kan?

Pada hari berikutnya,jiran-jiran dan adik beradik mama mula datang untuk menyiapkan bunga telur dll..Ketika itu aku terfikir beruntungnya kami,memiliki jiran-jiran yang baik hati dan ringan tulang.Sekurang-kurangnya mama dan abah tak penat sangat..kesian,ni anak sulung dia punya pasal ni..maaf yer mama dan abah.

Di hari majlis akad nikah & perkahwinanku..

Alhamdulillah,sahlah aku menjadi isteri dengan diakad nikahkan oleh abahku sendiri.Di luar cuaca cerah berbanding hari-hari sebelumnya hujan dan mendung.Kawan-kawan mama dan abah pun ramai,kawan aku pun ramai.Kata mama,rasa ramai yang datang tapi makanan masih banyak lagi,pelik..aku terfikir makanan tak sedap ker..atau mereka puasa..ermm..sukar untuk ditafsirkan.

Apa motif saya menulis pengalaman ini?

Pertama: Keredhaan ibubapa.Percayalah apabila kita hendak membuat sesuatu perkara ,andainya diredhai ibubapa,jalannya lebih mudah dan diberkati selama-lamanya. Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam keumuman sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah

terletak pada kemurkaan ibubapa.[5]


[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Silah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-hadith al-Shahihah – hadis no: 515.

Kedua
:Allah itu adil.Andai Dia bagi kesedihan kepada kita dalam perkara ini,Dia pasti akan bagi Kegembiraan dalam perkara yang lain.Surah Al-Insyirah

Ketiga:Jagalah hubungan kita dengan jiran. Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah sallallahualaihiwasalam :


“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tabrani dengan lafaz yang hampir sama).


Alhamdulillah segalanya adalah milikMu..terima kasih Tuhan!


Pesanan kepada sahabat-sahabat saya,seandainya kalian sudah berpunya atau calon eloklah dipercepatkan tapi bukan dengan memaksa ibubapa,sebaliknya berdoa bersungguh-sungguh kepadaNya & berbincang dengan baik,yang pasti mereka meredhai hubungan kalian.i.Allah mudah jalan kalian untuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w
.
Seandainya tidak dapat melaksanakan sunnah itu lagi,eloklah lelaki atau perempuan menjaga batasan pergaulan walaupun dah bertunang,sms kepada perkara yang perlu sahaja ,elakkan daripada selalu chatting.Call bila terdesak sahaja,hilang nikmat perkahwinan nanti.Ini sekadar peringatan bersama.Yang baik ambik dan yang buruk tinggalkan..Saya sudah menyampaikan apa yang perlu..

ni nombor telefon baru saya:+60192678269

Friday, September 18, 2009

kad istimewa dari Mesir




Assalamualaikum..jazakillahukhairan kepada ude keran sudi membuat kad yang cukup istimewa ini,kesiannya dalam sibuk-sibuk dia dalam persatuan sempat lagi buat kad ini.Terima kasih banyak.I'Allah lepas ni boleh menyusul pula lepas k.teh..hehehe

Salam sayang khas untuk HEWI MANSURAH 09/10

Tuesday, September 15, 2009

Pengumuman walimah saya







Assalamualaikum..saya dengan rasa rendah diri mengumumkan dan menjemput ke walimah saya seperti mana yang tertera di atas.Maaf kepada ahli DPMM (dewan perwakilan Mahasiswa/wi) kerana tidak dapat menghantar kad kepada kalian.Semoga dengan adanya blog ni antum/antunna bolehla rujuk di sini.

Kepada sesiapa yang ingin menghadiri majlis walimah saya ,bolehla contact no yang tertera di atas atau no saya (malaysia): 0124661610.

Saya mengharapkan doa kalian agar dipermudahkan urusan walimah saya dan diberkati hubungan suci ini sehingga akhir hayat .Amin Ya Rabb

Saturday, September 12, 2009

Pulang ke Tanah air

Alhamdulillah saya telah selamat sampai pulang ke tanah air semalam kira-kira 9.30 pagi waktu malaysia bersama 2 orang kawan yang lain.Jazukumullahukhairan kathira kepada ahli bait markaz 2 (angah azwin,k.lang,mama an dan k.rahimah),k.ngah bai,ummi fauziah dan bonda azah dan ahli bait Raudatul Jannah kerana sudi meluangkan masa membantu saya mencari dan menguruskan persiapan pulang ke Malaysia.Tidak dilupakan juga kepada insan-insan yang sudi mendoakan keselamatan kami sehingga selamat ke tanah air.Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan saya berdoa kepadaNya semoga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya.I'Allah najah kabir milik kalian,kalau bukan di dunia,di akhirat pasti.

Thursday, August 27, 2009

ISU KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO


'Saya masih rela disebat'
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my

SUNGAI SIPUT: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno tidak akan merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya dan tetap dengan keputusan menerima enam sebatan walaupun terpaksa menunggu sehingga selepas Aidilfitri.

Namun, beliau akur jika Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagi membatalkan hukuman berkenan.

Ibu dua anak itu berkata, selepas melalui proses perbicaraan lebih setahun sejak Julai tahun lalu, beliau menghormati tindakan Jaip dan Jabatan Kehakiman Syarie Pahang yang bersungguh-sungguh menegakkan syariat Islam.

"Sejak kes saya pertama kali disebut di mahkamah Julai tahun lalu dan perbicaraan ditangguh beberapa kali hingga keputusan hakim bulan lalu, saya mengalami penderaan mental yang sukar dijelaskan.

"Akhbar tempatan juga menyiarkan kes saya sejak hari pertama hingga memalukan kami sekeluarga. Saya sedih sangat. Sebelum hakim menjatuhkan hukuman bulan lalu, saya sebenarnya sudah insaf dan bersedia disebat.

"Sampai hari ini (semalam), saya masih rela disebat," katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Jawang Utara, dekat sini semalam.

Kartika Sari berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam dia boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda untuk dihukum.

Najib berkata, bagi Kerajaan Pusat, soal Islam tidak boleh persoalkan yang bermakna agama Islam adalah adil dan saksama, manakala pihak berkuasa peka serta sedar segala implikasi terhadap kes itu.

Mengulas lanjut, Kartika Sari berkata, beliau menghormati saranan Perdana Menteri dan menghargai keprihatinannya, tetapi nekad dengan keputusan dan bersedia menanti hukuman.

Katanya, selepas hakim menjatuhkan hukuman denda dan sebatan bulan lalu, beliau ada mendapatkan pandangan orang alim mengenai tindakannya yang enggan membuat rayuan.

"Saya bimbang masyarakat menganggap saya tidak waras tetapi orang alim ini mengatakan saya membuat keputusan yang waras," katanya.

Kartika Sari bagaimanapun mengakui fikirannya bercelaru semula selepas pakar undang-undang mempertikaikan prosedur penahanan di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebatan


ULASAN SAYA:

1 ) Hukuman atas pesalah arak .

Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan .

Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali . Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ] berkata :

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي

Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali , semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kali rotan ]

Riwayat Imam Muslim

Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya , Imam Malik , al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.

Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak , maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [ selipar ] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak , maka beliau berbuat seperti itu juga . Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar , lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini . Ibn Auf [ Abdur Rahman ] berkata : sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan , maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .

Riwayat Ahmad , Muslim , Abu Dawud dan At tarmi


Hukuman yang jatuhkan ke atas Kartika dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.Walaupun begitu,saya berfikiran positif ini mungkin langkah permulaan untuk membawa rakyat mendekati atau menghayati hukum hudud yang selalu diselewengkan bahawa hukuman ini menzalimi bukan mendidik.

2) Sikap pemerintah yang "kurang faham" atau memandang remeh dengan hukum Allah yang ditetapkan.Tugas pemerintah bukan sahaja perlu membawa rakyat ke arah kebahagian dunia malahan kebahagian di akhirat.Selain itu tugas pemerintah juga adalah mengajak diri dan rakyatnya menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar tapi zaman fitan sekarang menjadi sebaliknya pula.

3) Tindakan yang sepatutnya adalah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat - samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya - adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !


rujukan :
# Berita harian
# Ar-risalah
# http://episodeperjuangan.blogspot.com/