Saturday, December 31, 2011

Anak anugerah dari Allah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagaimana kehidupan seharian dengan anak-anak? Bertambah baik atau
tidak? Harapnya ibu-ibu sentiasa bahagia di samping anak-anak
tercinta.

Kali ini saya akan kongsikan betapa hebatnya anak sehingga menjadi aset termahal dalam hidup kita.

Anak bukan sahaja mampu membuatkan ibu bapa tersenyum ketika
kehadirannya dalam keluarga, malah anak merupakan kunci kekuatan
dalam diri kita. Wajahnya saja mampu mengejutkan ayah pergi
bekerja. Tawanya saja mampu memadam api kemarahan si ayah.
Tangisannya saja mampu membuatkan ibu berkorban segalanya.

Wah, hebatnya anak!

Benar, anak memang hebat. Oleh sebab itu, ibu bapa sangat gembira
dengan kemahiran demi kemahiran yang diperolehi si anak sejak
kecil. Malah, dengan aset berharga inilah sesebuah keluarga menjadi
hebat!

Sekian dulu dari saya...

Tuesday, December 27, 2011

Kisah anak yatim

Suatu hari k.yam datang ke rumah saya memberitahu mereka akan mengadakan program.Mengikut perancangan ada ceramah motivasi dan pemeriksaan kesihatan.Oleh sebab tu la akak datang..kata k.yam.Lantas dia pun bertanya "Boleh tak nak minta athirah sampaikan motivasi kepada anak-anak yatim?".Saya cuma tersenyum dan terdiam seketika sebelum memberi jawapan.Saya bertanya"Bila?.Hari Ahad 25 Disember.Saya berfikir bila lagi saya nak mencuba dan mencari pengalaman baru kalau bukan sekarang.Kalau sebelum ini saya merasakan hanya belajar teori sahaja sekaranglah masa untuk mempraktikkan ilmu dan pengalaman yang ada.Lantas saya pun menjawab InsyaAllah tapi kena tanya dulu suami.Jika suami izinkan saya insyaAllah sampaila saya di sana.
.

Menurut cerita k.yam anak-anak yatim ini lingkungan umur 4 tahun hingga 15 tahun.Masih ada ibu/ayah tetapi kebanyakan ibu/ayah tidak mampu menyara anak-anak kerana kemiskinan dan adik yang ramai.Kesian..itulah yang terdetik di hati saya.Mereka terpaksa berdikari menguruskan diri dan berjauhan dengan keluarga bagi meneruskan kehidupan.masyaAllah hebat!!!

Wah!saya akan dapat ilmu dan pengalaman yang baru nnti"kata saya.Dalam hati saya berbaur rasa bimbang dan gembira,bimbang apa yang saya nak sampaikan kepada mereka , gembira sebab saya tak sabar sebenarnya nak ketemu dengan insan-insan yang tabah ini.saya bertanya pendapat kepada suami saya "nak bagi pengisian apa bang?"suami saya pun jawab "bawalah kisah luqman Al-Hakim.Luqman Al-Hakim yang memberi wasiat kepada anaknya dalam Surah Luqman.Terima kasih suamiku kerana memberi buah fikiran yang bernas dan bertepatan dengan mereka.Lalu saya sisipkan wasiat Luqman di bawah tajuk "Anak solehah vs Anak tolehah "

Kira-kira pukul 9.55pagi (Ahad) saya dan suami sampai ke destinasi, berjumpa dengan empunya milik rumah anak yatim dan kak Norehan, lalu dibawa saya ke tingkat atas bertemu dengan adik-adik ini.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya pun memulakan sesi motivasi.Alhamdulillah adik-adik di sini cukup aktif dan tak segan silu apabila saya bertanyakan soalan kepada mereka.Alhamdulillah pukul 11 pagi berakhir sesi saya.Semoga anak-anak ini dapat manfaat dari apa yang saya sampaikan.


Sementara menantikan sesi pemeriksaan kesihatan, saya berbual dengan salah seorang adik ini yang berusia 12tahun dan telah mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.Adik nama apa?tanya saya.Atikah jawabnya sambil tersenyum.Kenapa mak adik hantar ke sini?Mak tak mampu lagipun adik ramai"jawabnya.Sayu mendengar kata-katanya.Lalu saya mengalihkan dengan persoalan yang lain.Bila besar Atikah nak jadi apa?.Dia pun menjawab Perekacipta.Saya bertanya lagi nak rekacipta apa?Nak reka shower yang xperlu tekan button tapi bila masuk keluar air.Saya tersenyum..hebat dan matang!dalam usia 12 tahun mampu berfikiran luas macam tu..Kalau zaman saya dulu besar-besar nak jadi apa?doktor,polis dan cikgu..tak de la yang nak jawab seperti kanak-kanak sekarang.Zaman sekarang langit terbuka yang bermaksud zaman sekarang terutama kanak-kanak terdedah dengan suasana kebaikan dan keburukan yang teramat luas.Hanya Ilmu,Iman dan Amal sahaja yang dapat membantu dan mengarahkan yang mana baik dan buruk.


Sebelum saya pulang, saya sempat titipkan nasihat buat dia.Doa akak padamu Atikah, semoga kau terus tegar dalam menjalani hidup, terus menuntut ilmu Allah, terus berdoa kepada mak yang berusaha keras memberi yang terbaik buatmu dan adik-adik yang lain,terus membantu sahabat-sahabat yang senasib denganmu terutama dalam akademik,dan terus berharap dan berdoa kepada Penciptamu.Allah sentiasa bersama dengan kita!

Friday, June 17, 2011

Sakit lutut, sakit pinggang, sakit belakang, sakit tumit kaki



Pernah tak dengar emak kita mengadu sakit-sakit seperti tajuk di atas? Setiap kali bertanyakan kabar mereka, itulah jawapan standard yang selalu kita dengar. Lalu sebagai anak kita bertanyakan adakah emak atau ibu dah makan ubat. Dah minum susu?....Biasanya kita hanya mengikut nasihat doktor.

Tapi, pada zaman sekarang masalah ini bukan sahaja berlaku pada orang tua malah orang muda pun dah ramai yang mengalaminya. Mereka yang sudah beberapa kali melahirkan dan menyusukan anak adalah mereka yang berisiko tinggi mengalami kereputan tulang dengan kadar yang cepat!!!

Mari kita lihat dari sudut pandangan seorang yang arif tentang pemakanan, menulis tentang punca osteoperosis..

Bila seseorang itu tidak menjaga pengambilan makananannya atau kata lain tak amik pusing pun carta pemakanan, secara langsung setiap kepentingan vitamin tak menjadi keutamaan.

Ada orang tanya saya, kalau tak amik kalsium apa akan jadi sebenarnya? saya cuma tahu pasal osteoporosis tapi tak tahu punca...boleh terang?


Sebenarnya ibu ni bukanlah doctor cuma ibu suka membaca pasal pemakanan ini...maklumlah dulu sering migraine, kaki berkudis dan senang berjerawat.

Baiklah ibu nak cerita tentang kepentingan kalsium...


Wanita perlu kalsium kerana wanita mengandung dan menyusukan anak.

kalsium diperlukan untuk bina darah, menstabilkan tekanan darah, saraf, untuk bina tulang dan gigi.

Kalau kita memang minum susu setiap hari atau amik apa jua sumber kalsium sebagai contoh

1. Keju dan makanan yang terbuat dari keju.
2. Yogurt.
3. Susu dan makanan yang terbuat dari susu.
4. Ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya.
5. Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain.
6. Sereal.
7. Jus jeruk.
8. Kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai.
9. Susu kedelai.
10. Roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel.



....maka kita tidak perlu risau tentang kekurangan kalsium mahupun risiko yang bakal dihadapi apabila kekurangan kalsium.

Namun katakanlah jika kita tidak minum susu atau apa-apa jua sumber makanan yang mengandungi kalsium maka badan kita akan menggunakan kalsium yang sedia ada dalam badan kita iaitu dari tulang dan gigi untuk keperluan pembentukan darah , kestabilan darah dan saraf..

Apabila diet yang tidak seimbang ini berterusan, maka tulang dan gigi tidak akan padat lagi sebaliknya akan mempunyai rongga di dalamnya akibat digunakan oleh tubuh untuk pembinaan darah dan kestabilan darah.

bermula dari situ, tulang dan gigi kita akan rapuh...dan kita akan senang rasa

sakit pinggang,

sakit kaki terutama bahagian lutut dan tumit kaki dan tumit akan kelihatan pecah-pecah.

gigi akan sakit dan ini yang paling teruk.....

Risiko osteoporosis

Walaubagaimanapun, ianya tidak berlaku dalam sehari dua. Ia berlaku apabila pengambilan menu yang tidak seimbang secara berterusan.

PENYAKIT itu hakikatnya tidak datang secara mengejut...ianya adalah akibat sifat kita yang menangguh2 perkara yang penting dan perlu.


Ramai customer ibu yang mengakui tidak mengambil susu semasa mengandung namun tidak pula menggantikan dengan sumber kalsium yang lain dimana akhirnya mereka mengadu sakit pinggang, sakit lutut dan tumit berbisa bila pijak, paling teruk ialah sakit gigi.....

Kalsium sangat penting ya.... jangan abaikan kerana bila dah sakit kita yang merana.

Terutama ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak... kalau tidak menggantikan kalsium yang disalurkan kepada anak semasa mengandung dan menyusu, risiko osteoporosis sangat tinggi.

Bagi ibu yang menyusu dan jika kehadiran Menstrual mengganggu penghasilan susu anda...dapatkan segera 2-4 gelas susu sehari insyaAllah penghasilan susu akan meningkat semula.


Kekurangan kalsium boleh membuatkan kita cepat letih ditambah apabila kurang tidur dan akhirnya akan membuatkan muka pucat tidak bermaya dan lebih worst lagi kulit nampak kusam.

Jika mak anda mempunyai tanda sakit kaki, sakit tulang belakang mahupunb sakit gigi...dapatkan kalsium atau set D di mana vit B complex dan E juga membantu untuk masalah saraf.

Maka pastikan kita dapatkan keperluan kalsium seperti yang disarankan.


Sumber: blog anakkuwiraku

TERIMA KASIH ABAH


Assalamualaikum w.t.b

Mengenang jasa dan pengorbanan seorang abah pasti diriku akan menitiskan air mata.Abahku Muhamad Ajos bin Abdul Rahman insan yang sentiasa dalam ingatanku setiap detik dan saat.

Mana mungkin aku melupakan pengorbanannya kerana ketika kecil dialah yang menjadi penemanku membuat kerja sekolah.Kerana dia juga aku mahir dalam matapelajaran matematik.Dia juga yang menghantarku ke sekolah agama walaupun kehujanan.Dia juga yang memberikan aku wang untuk berbelanja ke sekolah.

Tapi yang lebih penting dia telah memberikan kasih sayang dan didikan yang terbaik untukku sehingga aku berjaya hingga ke hari ini..

Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan seorang abah yang baik.Aku berdoa semoga suamiku juga menjadi abah yang terbaik buat anak-anak kami.

terima kasih abah ;)

Saturday, May 21, 2011

Pen Pembaca Al-Qur’an Digital




• Pen pembaca al-quran digital adalah peranti yang direka khas dengan built-in speaker dan dilengkapi bersama earphone.

• Pen pembaca al-quran mempunyai teknologi unik dan sensitif ini akan bertindak sebagai 'scanner' yang akan membacakan laman, surah dan ayat al-quran apabila ia disentuh kepada al-quran yang direka khas dengan tepat.

• Dilengkapi dengan bacaan enam (6) Qari terkenal sebagai pilihan mendengar:

1. Syeikh Abdul Baasit Bin Abdul Somad
2. Syeikh Abdul Rahman As-Sudaisi
3. Syeikh Ali Bin Abdul Rahman Al-Huzaifi
4. Syeikh Muhammad Siddiq Al-Minshawi
5. Syeikh Sa’ad Al-Ghamidi
6. Syeikh Maahir Al-Mu’aiqili




Kelebihan:

1. Al-quran berformat Rasm Uthmani.
2. Alat bantuan untuk anda membaca, mendengar dan memahami al-quran di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
3. Membantu meningkatkan kemahiran membaca al-quran dari masa ke semasa.
4. Merakam dan membandingkan bacaan anda dengan bacaan qari pilihan yang disediakan.
5. Pen mendengar dan mempelajari al-quran mini, juga bertindak sebagai MP3.
6. Dilengkapi dengan terjemahan dwibahasa (Melayu
7. & English)
8. Mudah digunakan dan dibawa ke mana sahaja (friendly user)
9. Sesuai dijadikan hadiah kepada yang tersayang dan hantaran perkahwinan.
10. Jaminan selama setahun
11. Mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri, (KDN) Malaysia.


Ciri-ciri Penting:

1. Bacaan ayat lengkap dengan mengarahkan pen di mana-mana sahaja pada teks ayat.
2. Bacaan surah lengkap dengan mengarahkan pen kepada tajuk surah.
3. Bacaan mukasurat lengkap dengan menyentuh pada nombor halaman.
4. Menyentuh pada Ayat / Surah / Halaman dan pen pembaca akan membaca bahagian-bahagian tertentu untuk tujuan menghafal dan ulangkaji.




Spesifikasi:

1. Speaker built-in yang jelas dan kuat.
2. Bateri lithium-ion rechargeable (penggunaan selama 6 jam).
3. Memori: built-in 4GB (sokongan kad SD sehingga 8GB).
4. Sambungan PC melalui USB membolehkan pengguna memuaturun qari terbaru.
5. Automatik power off jika tidak digunakan selama 3 minit.
6. Setiap set dilengkapi dengan: 1 naskhah al-quran (Rasm Uthmani), 1 naskhah buku panduan, 1 naskhah buku tajwid, pen digital, wayar pengecas bateri dan earphone.

HARGA BIASA: RM350.00
HARGA PROMOSI: RM330.00
ANDA BERMINAT???
Hubungi:
019-2678269
Azhar Bin Abd Rahman
Segambut Kuala Lumpur

Saturday, May 7, 2011

kemuliaan seorang bergelar wanita

Islam meletakkan kemuliaan yang paling tinggi kepada kaum ibu melebihi tiga kali kemuliaan berbanding kaum bapa dalam hal penghormatan yang harus diberikan oleh anak-anak.

Malah hadis riwayat al-Hassan bin Safwan, Tabrani dan Ibnu As-Sahin dan Salamah menjelaskan lagi kelebihan yang diperoleh wanita yang mengandung, melahir, menyusu dan memelihara anaknya.

Apakah reda hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil daripada suaminya yang telah menikahi dengan halal (menurut syariat Islam). Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia berasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui anak, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

Masya Allah..
Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya..

Alhamdulillah...
Segala Puji bagi Allah kerana diberi peluang untuk bergelar ibu...
Semoga tercatat pahala yang dijanjikan ini dalam catatan amalan-amalan kita. Amin....

Kelebihan seorang wanita

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

Monday, November 1, 2010

"Kerana Allah"



ku selak helaian demi helaian majalah solusi yang berjaya menambat hatiku,lalu aku terpaku pada satu artikel yang cukup menyentuh dan mendidik hatiku ,tajuknya cukup istimewa "Bukan Cinta Biasa!".

Dimulakan dengan dialog siti hajar isteri Nabi Ibrahim yang bertanyakan permusafiran suaminya adakah kerana Allah ?Lalu dijawab dengan jujur Ya,semuanya ini kerana Allah.Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi.Mata dan hatinya menghantar Nabi Ibrahim berlalu.Tega dan redha walaupun ditinggalkan di bumi yang kering kontang jauh daripada manusia,haiwan dan tumbuhan.Ya,itu semua perintah Allah.

Hebat!memang bukan cinta biasa.Ku merenung dan bermuhasabah ada lagi ke pasangan hidup yang mempunyai jiwa yang kental seperti Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.Bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah.Mungkin kalau situasi demikian berlaku kepada kita seorang isteri pada zaman sekarang bukan kata-kata "apakah semua ini kerana Allah?sebaliknya "Kenapa sampai hati kau buat begini?"Ohh..lemahnya iman dan takwa kita.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidaklah sebaik Nabi Ibrahim namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata "kerana Allah"..

Ya Allah bantulah kami(isteri-isteri) zaman sekarang dalam megharungi ujian di dalam bahtera rumahtangga bersama (suami-suami) kami.Kentalkan hati kami seperti srikandi-srikandi terdahulu..semoga "kerana Allah" sentiasa berada di hati dan setiap tindak tanduk perbuatan kami..Amin Ya Rabb

Monday, October 25, 2010

Cintai dan sayangi negeri kita

Assalamualaikum..

Lama benar saya tidak mencoret sesuatu dalam blog ini,sedangkan banyak isu yang saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat setelah 2 bulan saya berada di Malaysia.Keberadaan saya di Malaysia selama tempoh ini membuatkan saya merasakan betapa beratnya amanah kita sebagai penuntut ilmu lebih-lebih lagi dalam menyebarkan ilmu kepada masyarakat kita.Segulung ijazah yang kita peroleh bukan untuk dibanggakan malahan menuntut kita mengubat masyarakat kita yang sedang parah.

Satu demi satu kes yang berlaku di Malaysia daripada Isu buang anak,isu zina dan rogol,isu ragut,isu pembunuhan,isu konsert Adam lambert dan isu terbaru isu IFF (Islamic Fashion Festival).Semua isu ini tidak ada jalan penyelesaian sehingga sekarang..kenapa?Di mana ulama',di mana ustaz/ustazah,di mana penuntut ilmu yang berjaya menggulung ijazah?Di mana protaz?Di mana mereka..atau di mana kita sebenarnya ? Kalau kita ada di antara golongan itu bermuhasabahlah kalau sekadar goyang kaki tanpa mengambil tahu atau cuba bertindak untuk membantu...Jawablah dengan Allah s.w.t nanti.

Semua di atas isu umum di Malaysia dan banyak lagi sebenarnya isu yang berlaku tidak termasuk lagi isu di setiap negeri.Jadi marilah kita selami negeri masing-masing dan bantulah mengikut kemampuan kita.Bak peribahasa kalau asal benih yang baik,jatuh ke laut menjadi pulau,jatuh di darat menjadi pokok...

Saturday, October 2, 2010

RENUNGAN BERSAMA




# Betapa besarnya nilai wang kertas RM50 apabila dibawa ke masjid untuk disumbangkan,tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Supermarket atau Jom Heboh untuk dibelanjakan

# Betapa lamanya melayani Allah selama 15 minit namun betapa singkatnya kalau kita menonton filem atau drama

# Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau bersembang atau bergosip dengan kekasih/teman tanpaharus berfikir panjang-panjang

# Betapa asyiknya apabila pertandingan bola diperpanjangkan waktu tambahan, namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa

# Betapa sulitnya untuk membaca 1 lembaran Al-Quran tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel cinta

# Betapa bangganya orang untuk duduk di depan dalam pertandinga atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di masjid atau menuntut ilmu

# Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu syahwat semata,namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30hari ketika berpuasa

# Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu,namun betapa mudahnya mencari waktu dalam sekejap walaupun pada saat terakhir untuk acara atau aktiviti yang disukai

# Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al-Quran, namun betapa mudahnya untuk mengulangi gosip atau mengumpat yang sama kepada orang lain.

Alangkah beruntungnya orang mukmin itu apabila berlaku sebaliknya...

Thursday, September 30, 2010

Hebat sangatkah kita ???

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang

lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu

pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam

agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun

Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji

kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam

lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu

mendongak ke langit.

Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm.Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor

itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya

dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?"

Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari

mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan

kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu

geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah

kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus

usia kamu.Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi,pendayung

sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan

75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia

kamu dihabiskan dengan mendayung sampan."

Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan

itu hanya berdiam diri

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak

besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan

terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"

Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100

peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin

kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-

perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya

lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena

dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

> > Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat : Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada
pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...

Friday, August 6, 2010

SYUKUR PADAMU YA ALLAH



Alhamdulillah sudah hampir 2 minggu saya berada di mesir setelah selesai menunaikan umrah di tanah haramain.Semoga Allah menerima umrah saya dan suami serta kawan-kawan.

Masyallah,sehingga hari ini saya masih terngiang-ngiang lagi alunan azan di sana,masih tergambar indah kaabah di depan mata dan masjid nabawi dan masih terbayang jutaan manusia berlumba-lumba mengejar kebaikan.Masyallah saya tidak pernah mendapat ketenangan seperti mana di dua tanah haram ini..Saya terlalu rindu untuk dijemput sekali lagi menjadi tetamuNya.Ya Allah ...

Alhamdulillah kesedihan saya tahun lepas telah Allah gantikan kegembiraan pada tahun ini saya dapat mengerjakan umrah bersama suami dan najah sofi Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah!

Saya bermuhasabah diri dengan apa yang berlaku...

1)Allah tidak pernAh menzalimi hambaNya.Ujian dan cabaran yang diberi bukan tanda Allah membenci kita tapi menguji tahap keimanan dan kesabaran hambaNya yang beriman..

2)Didik la diri kita redha dengan segala ketentuanNya.Tanpa kita sedari Allah telah mengatur perjalanan hidup kita lebih baik daripada apa yang kita rancangkan.

Thursday, July 15, 2010

Jaulah haramain

Assalamualaikum..

alhmdulillah permusafiran saya sudah hampir seminggu.3hari di madinah meninggalkan kenangan yang mendalam kepada saya.Alhamdulillah saya mendapat ketenangan di sana yang mana saya sukar mengungkapkan dengan kata-kata bertambah bahagia bila di sisi saya ada suami tercinta.Alhmdulillah syukur tak terhingga.Alhamdulillah sekiranya sebelum ini saya mendengar cerita daripada suami dan melihat dari kaca televisyen sekarang Allah memilih saya untuk melihat sendiri dengan sepasang mata dan badan yang hina ini.Alhamdulillah ...

Sekarang saya berada di Mekah untuk mengerjakan umrah..doakan saya dan sahabat-sahabat lain dipermudahkan dan diterima segala amalan..

i.Allah kalian bakal menyusul..

Friday, July 9, 2010

Aku menyahut seruanMu Ya Allah


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilhai di atas kurnia dan nikmatNya yang diberi kepada hambaMu yang dhaif ini.Alhamdulillah syukur saya tak terhingga kerana saya diberi kesempatana menjadi tetamu Allah.

i.Allah malam ini saya akan berangkat ke lapangan terbang kaherah ke Jeddah dan seterusnya ke madinah dan mekkah.Di kesempatan ini saya memohon kemaafan dan kesilapan di atas kesalahan yang telah saya lakukan kepada sahabat-sahabat.Halalkan makan minum saya dan sebagainya.Doakan saya dan kawan-kawan yang lain selamat sampai dan diberi kekuatan melakukan umrah.

i.Allah sahabat-sahabat juga bakal menyusul yang penting teruskan berdoa..

salam permusafiran dari saya Athirah Muhamad Ajos

Sunday, June 27, 2010

MABRUK ALAIK ! ZAUJI HABIBI


Alhamdulillah tiada kata yang mampu diucap melainkan kalimah yg mulia ini.Tahniah suamiku kerana berjaya menggulung segulung ijazah Syariah Islamiah Universiti Madinah dan anugerah khas "JASAMU DIKENANG" pada 25 JUN 2010

Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahanmu mengharungi ranjau hidup berjuang sebagai penuntut ilmu di sana akhirnya berbalas dengan sebuah kejayaan walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan isterimu..Daku mengagumi my love.

Semoga ilmu yang diperolehi bertambah berkat dengan keikhlasanmu menyampaikan kepada orang lain i.Allah

BERUBAH : RELA ATAU TERPAKSA



"k.teh,sedih la acu tgk gambar kawan-kawan bekas sekolah agama acu di facebook.Berpakaian ketat,tudung tak cukup kain dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.sedih rasa luahnya padaku."syukur Allah tak uji kita sedemikian kataku.
Perbualan yang ringkas tp membawa aku berfikir panjang umtuk mencari jawapan..Ini bukan masalah jaga tepi kain orang tapi masalah ummah yang semakin parah.

Semalam saya membuka facebook setelah lama tidak berkesempatan melayarinya.Alhamdulillah terubat kerinduan di hati apabila melihat wajah sahabat-sahabat yang sama-sama pernah mengharungi suka duka pahit manis mencari dan menuntut ilmu Allah.Dalam kegembiraan itu,terselit rasa kekecewaan dan kesedihan melihat gambar sahabat-sahabat yang sebelum ini sopan dan cantik berpakaian menutup aurat sudah berani mendedahkan tubuh yang sepatutnya hanya ditayang untuk suami tersayang.,bertambah sedih apabila melihat di wajah-wajah mereka tidak terselit rasa malu atau serba salah berpakaian sedemikian..nauzubillah

Terfikir sejenak ..Mengapa mereka sudah berubah?TERPAKSA , KERELAAN DIRI atau BELUM SAMPAI DAKWAHKU KEPADA MEREKA??

Saya cuba merungkai setiap persoalan ..

Keterpaksaan kerana bekerja ,keadaan persekitaran atau pengaruh rakan bukanlah alasan yang lojik untuk mengorbankan maruah seorang wanita.Islam itu mudah,sekiranya tidak berkemampuan lagi bertudung labuh atau berjubah cukuplah dengan memilih pakaian yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu nipis.

Daripada Aisyah r.a berkata :"Sesungguhnya Asma bt Abu Bakar masuk bertemu Rasulullah s.a.w,dan ia memakai pakaian yang npis,lalu Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan baginda bersabda :Wahai Asma seungguhnya bagi wanita apabila sudah baligh,tidak boleh menampakkan daripadanya (tubuh badan) kecuali ini baginda menunjukkan kepada muka dan dua tapak tangan. (riwayat Abu Daud)

Kerelaan diri adalah salah satu faktor yang terbesar yang tidak dapat dipertikaikan.Mula-mula rasa terpaksa kemudian timbul rasa seronok lebih-lebih lagi apabila dipuji cantik dan bergaya lalu dengan rela hati berpakaian dan bergaul sedemikian.Terdetik di hati saya di mana ilmu-ilmu yang dipelajari?sudah ditelan zaman atau buat-buat tidak tahu tentang hukum Allah..

Saya berfikir kenapa ini semua terjadi..saya bermuhasabah diri sendiri,mungkin saya belum sampaikan ilmu yang saya ada kepada mereka.Alhamdulillah saya diberi peluang menuntut ilmu dalam bidang agama dengan lebih mendalam tapi saya tidak menggunakan kelebihan dan peluang ada untuk membawa atau memimpin sahabat-sahabat saya untuk sama-sama mengejar syurga dan menjadi wanita solehah yang diimpikan oleh setiap wanita dan yang paling penting mendapat keredhaan Allah.

Rasulullah saw bersabda :"Seorang muslim merupakan saudara kepada muslim yang lain
dan baginda juga bersabda :Seorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama sebuah bangunan yang saling mengukuhkan di antara satu sama lain"


Timbul rasa bersalah di hati saya,apa guna ukhuwah yang selalu meniti dibibir jika kita yang diberi kelebihan ilmu dan kesedaran tidak mampu atau lebih suka mengkritik berbanding membimbing dan memberi nasihat kepada mereka.Ayuh sahabat! mari kita buktikan ukhuwah kita dengan sama-sama melakukan amar ma'ruf nahi mungkar..

Saya titipkan mutiara kata ini khusus kepada insan yang bernama WANITA..

Duhai sahabat-sahabatku..

Wanita muslimah itu mempunyai pelbagai anugerah yang Allah berikan .Mereka punya kehormatan tinggi yang telah Allah letakkan berbanding wanita kafir yang lain.Allah menggariskan aurat pada mereka agar kehormatan mereka terjaga dari manusia-manusia berhati iblis.Mewajibkan hijab untuk menutupi keindahan wanita yang tidak ternilai walau ditukar segunung emas.Tidakkah kau patut menghargai semua milikmu itu dengan menutupnya dari lelaki ajnabi.Tidakkah kau tahu di dalam Al-Quran telah menyebutnya tentang ini..

"dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang biasa nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kaintudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka atau ayah suami mereka,atau putera-putera mereka ...." (An-nuur :31)

Marilah kita sama-sama berhijrah menjadi wanita solehah untuk suami dan ibu yang baik untuk bakal zuriat nanti.

Monday, March 29, 2010

BERTEMU KEMBALI...

Assalamualaikum..

Semoga sahabat-sahabat berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindung oleh Allah s.w.t di setiap pergerakan kalian di bumi Allah s.w.t

Maaf kerana sudah lama tidak meng'update'kan blog ini.Alhamdulillah sudah 3 bulan saya berada di bumi mesir menjalani tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.3 tahun sudah berlalu kini genaplah 4 tahun saya berada di bumi ini.Alhamdulillah peluang ini cukup bermakna bagi saya,mudah-mudahan tahun ini lah menjanjikan kejayaan dan kebahagian buat saya di dunia dan di akhirat .amin ya rabb.

Buat sahabat - sahabat saya yang mendahului diri ini daku mendoakan kalian tabah dan sabar menghadapi hidup bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapi seorang pendakwah yang berjaya di malaysia.Gunakan segala ilmu dan pengalaman yang dimiliki untuk mengubat hati dan jiwa masyarakat malaysia yang sedang tenat sekarang.

Doakan daku dan sahabat-sahabat yang lain mampu meraih kejayaan seperti kalian dan sama-sama mengembleng tenaga membantu masyarakat malaysia nanti..

Buat adik-adik DQ yang berkeinginan datang ke mesir ahlan wasahlan,bumi mesir menanti kehadiran kalian,apa yang diharapkan adalah keikhlasan hati adik-adik dan pastikan Quran kalian kuat sebelum menempuh ranjau hidup di bumi mesir..ni no contact akk +20142214362

Salam juang!

Sunday, January 10, 2010

Produk kesihatan (COSCINIUM PLUS)


Anda sukar mencari produk herba yang dijamin halal?Saya sudi menawarkan produk HPA ini kepada anda?i.Allah 100% DIJAMIN HALAL DAN BERSIH DARI BAHAN-BAHAN YANG DIRAGUKAN..I.ALLAH anda akan dapat menikmati kesihatan yang lebih baik.

Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ atau alahan terhadap beberapa jenis makanan,benda-benda tertentu atau keadaan persekitaran.

Tanda-tanda gejala
-selsema
-bersin
-jerawat
-mata air dan gatal-gatal
-pening
-lelah
-rambut gugur
-kelemumur
-nafar berbau
-sakit gigi
-bintik pada muka
-bintik merah pd badan
-kuku hitam dan pecah atau makan air
-Buasir

Ianya mengandungi Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum)yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.


"Mencegah lebih baik dari Mengubati"

Sementara ianya masih di tahap rendah,eloklah diamalkan herba ini.

Penghidap alahan dinasihatkan menghindari kawasan berdebu,makanan seperti udang,sotong,ketam,ayam,belacan,budu dan cencalok


Untuk keterangan lanjut hubungi saya.Dan kepada pelajar mesir yang berkeinginan memiliki produk ini,sila hbungi saya atau YM sementara saya masih berada di malaysia sebelum 25hb Jan 2010

Friday, January 8, 2010

KEMATIAN


Allah berfirman:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah
disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam surga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan."(Al-Imran :185)

Kematian adalah satu kepastian tidak boleh diundur atau dipercepatkan.Semua jiwa akan merasai kematian.Biarlah lari sekuat manapun,setinggi mana pendakian kita,kita tetap akan didatangi oleh malaikat maut yang patuh dan taat dengan segala perintahNya.
Allah berfirman:
"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, sekalipun kamu berada
di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh."(An-nisa:78)

Hari ini saya mendapat khabar berita mengenai kehilangan seorang lagi mujahid (Us.Fauzi Azizan) yang ditakdirkan meninggalkan mujahidahnya yang sedang sarat mengandung 7 bulan.Alhamdulillah semoga pemergiannya pada hari jumaat(Penghulu segala hari) merupakan petanda husn al-khatimah dan ruh beliau diterima pada tempat yang mulia di sisi Allah SWT."Patah tumbuh hilang berganti"semoga anak yang dikandung oleh mujahidahnya menjadi penerus perjuangan abinya dalam menyambung rantai perjuangan Rasulullah..i.Allah


Teristimewa buat mujahidah k.saholyatul Akma..

Menyingkap kembali sirah Rasulullah,wajib kita yakini bahawa jalan ini pernah dilalui oleh oleh seorang wanita yang cukup mulia kerana telah mengandungkan seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir tanpa suaminya disisi.Dia ialah Aminah bt Wahab bonda Nabi Muhammad s.a.w.Dengan penuh ketabahan,kesabaran, kecekalan dan tawakal kepada Allah beliau berjaya membesarkan seorang Nabi dan rasul yang bukan sahaja hebat di mata umatnya malahan musuh Islam sendiri,masyallah!.Jadikan sirah ini sebagai satu momentum yang hebat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.I.Allah.


Buat kita yang masih hidup...

Jadikan kematian sebagai motivasi tambahan untuk menilai dan muhasabah kembali segala amalan yang telah dibuat di dunia ini.Selama anda hidup,berapa kali solat yang didirikan mencapai tahap @ hampir khuysuk?Anda pasti dengan amalan yang ada mampu membantu anda menjawab soalan malaikat munkar dan Nakir?.Kerana jawapan "tidak/kurang" marilah sama-sama kita berlumba-lumba mengumpul segala pahala.Jadikan dunia ini sebagai ladang untuk mendptkan hasilnya di akhirat kelak.



Allah berfirman:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian dan beramal shaleh maka
mereka akan memperoleh pahala."(Al-Baqarah:62)